Sahabat sejati itu bukanlah dia yang selalu membenarkan kata-katamu, tetapi dia yang selalu berkata benar kepadamu, walaupun kadangkala perkataan yang benar itu menyinggung perasaanmu. Sahabat yang sejati itu adalah dia yang ikhlas menasihatimu demi kebaikanmu, bukan dia yang banyak memujimu pada sesuatu yang tidak perlu dipuji. Sahabat sejati adalah dia yang tidak akan merosakkan hidupmu baik di dunia maupun di akhirat. Dan persahabatan yang paling indah adalah mereka yang menjalinkan persahabatan dengan tali iman. Kerana ia akan terus kekal hingga ke Jannah. Manakala persahabatan yang dibina diatas tujuan nafsu dan kelalaian, maka ia tidak akan bertahan lama. Bahkan di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan. Habib Ali Zaenal Abidin Al-Madihij, "Pilihlah sahabat yang mendukungmu untuk lebih giat beribadah. Indahnya kebersamaan akan menjadi sempurna apabila di hiasi dengan sunnah dan akhlak Rasulullah SAW. Moga kita mampu menjadi seorang sahabat yang menjaga hati...
"Diwajibkan atas kamu beperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah :216)