Masa untuk melepaskan segalanya. Melepaskan semuanya pergi, bukan bermakna membenci. Mungkin inilah yang terbaik buat masa ini. Di saat masa hadapan kelihatan masih kabur. Kerana terkadangnya menjalani kehidupan tanpa sebarang pengharapan itu lebih baik dan tenang daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Tenang dan senyum sahaja mengharungi perjalanan di hadapan tanpa terlalu berharap kepada sesuatu. Kerana kelak Dia akan memberikan yang terbaik. Sudah tertulis segalanya di kitabNya. Di masa ini, usah terlalu banyak berfikir berkenaan masa hadapan yang berada di luar jangkaan. Fokus sahaja kepada apa yang lebih penting buat masa ini, yang sudah lama kau usahakan. Usah berfikir berkenaan perkara yang belum pasti. Kerana hanya Dia sang Pencipta sahaja yang lebih mengetahui berkenaan masa hadapan. Berkenaan kehidupan sejak dari awal kelahiran sehingga ke pengakhiran nanti. Tiada yang terlepas dari pandanganNya. Kelak sekiranya ianya benar- b...
"Diwajibkan atas kamu beperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah :216)