Skip to main content

Serahkan segala ketentuan kepada Nya



Masa untuk melepaskan segalanya.


Melepaskan semuanya pergi, bukan bermakna membenci. Mungkin inilah yang terbaik buat masa ini. Di saat masa hadapan kelihatan masih kabur. Kerana terkadangnya menjalani kehidupan tanpa sebarang pengharapan itu lebih baik dan tenang daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

Tenang dan senyum sahaja mengharungi perjalanan di hadapan tanpa terlalu berharap kepada sesuatu. Kerana kelak Dia akan memberikan yang terbaik. Sudah tertulis segalanya di kitabNya.

Di masa ini, usah terlalu banyak berfikir berkenaan masa hadapan yang berada di luar jangkaan. Fokus sahaja kepada apa yang lebih penting buat masa ini, yang sudah lama kau usahakan. Usah berfikir berkenaan perkara yang belum pasti.

Kerana hanya Dia sang Pencipta sahaja yang lebih mengetahui berkenaan masa hadapan. Berkenaan kehidupan sejak dari awal kelahiran sehingga ke pengakhiran nanti. Tiada yang terlepas dari pandanganNya. Kelak sekiranya ianya benar- benar telah tertulis, Allah maha Berkuasa boleh menyatukan walaupun sejauh atau sesusah apa pun.

Kita plan, Allah pun plan. Namun plan Allah sentiasa yang terbaik. Berdoa sahaja yang terbaik, dalam masa yang sama memperbaiki diri sentiasa. InsyaAllah suatu hari nanti, Allah akan menemukan pada masa, waktu dan perasaan yang tepat. InsyaAllah🌷







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada...

Issue "Wanita perlu Bodoh2 sikit"

 Assalamualaikum semua para pembaca yang dimuliakan Allah.  Baru2 ni rasa nya semua cakna naik satu issue daripada video tular Prof Muhaya. :') Sebenarnya sumay dah tengok video tu lama dah haha siap bagi komen kat post Prof, "Ouh, kena jadi bodoh2 ke prof ?" haha pastu ramai pulak yang like. Tapi bila kecoh pasal video tu, sumay tengok kat instagram Prof Muhaya, dah di delete da. Rasa bersalah jap. Tapi faham je apa yang dimaksudkan dengan 'bodoh2' tu. Bukanlah bermakna kena jadi bodoh kalau nak cepat dapat jodoh, tapi bodoh tu means jangan terlalu tunjuk serba boleh sgt. Sebagai seorang wanita yang agak bijak, aku mengesahkan yang kadang2 ego tu agak tinggi. Esp bila tengok ada banyak yang tak kena. Mula lah rasa rimas nk bertolak ansur dengan orang lain. Rasa cm nk control semua benda sebab dah terbiasa jadi ketua bila dicampak ke mana2 dari kecil sampai ke besar. Even orang yang baru kenal pun kadang2 tiba2 lantik diri ini jadi ketua.  Sebenarnya perempuan tak...

Ujian itu Hadiah Allah❤️

السلام عليكم سموا سلامت مالم Siang tadi Jumaat (19 June 2020 3 pm) baru dapat result utk sem lepas which is sem di mana berlakunya Pkp and online class. Alhamdulillah all A's hehe hadiah Allah. Lecturer sem ni sangat membantu, everytime I messaged mesti dapat fast reply. I wanna mention her names here coz i really love them a lot; mdm Badariah & Dr Zai. They're such a lovely and helpful teacher. Banyak sebenarnya challenge yg aku hadapi sepanjang online class ni. Susah nak fokus pun ya. Bayang kan sebab time pkp kan akk ipar ngn abg yg doktor kerja en, and tadika tutup so abang aku minta tlg aku jaga najla. Haha jaga budak kecik mana boleh belajar, mesti depa nk belajar sekali😂 Pernah satu hari time tgh class online, pastu aku duduk dalam bilik kunci pintu sebab nak fokus takut Najla kacau sebenarnya haha. Sebab time ni ade ummi sekali so aku ok je la biar dia main ngan ummi. Pastu dia duk cari mana aku then dia ketuk pintu kuat gila hahah sampai ada classmates yg tanya, ...