Assalamualaikum semua para pembaca, selamat pagi semua, sekarang ni masih lagi lockdown dan kes masih lagi 5000 ke atas. Somehow this is so tiring, exhausting. Dari segi pemerintahan, dengan keadaan sekeliling semua rasa macam serba tak kena. Emosi naik turun. Even berat aku sendiri pun menurun secara mendadak sekarang, kalau kenalan jumpa aku lepas lockdown mesti ramai ingat aku sakit hahaha sebab takde rasa nak makan. Bila dah terbiasa hidup bersosial dan keluar berjumpa rakan2 dan masyarakat, rasa penat kena stay kat rumah lama2 macam ni. Semua benda online, meeting online, berprogram online, usrah online, jumpa adik2 usrah secara online, khusus online dan intern pun online. Sedih. Dalam masa yang sama, penat nak mengikuti berita2 dan perkara2 viral yang berlaku. Yang paling menyedihkan lockdown ni serba sedikit dah banyak menjejaskan ekonomi rakyat sendiri. Sampai ramai yang sanggup menggadaikan nyawa dan sebagainya kerana sudah penat untuk hidup kerana perniagaan dan pekerja...
"Diwajibkan atas kamu beperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah :216)