Assalamualaikum semua para pembaca, selamat pagi semua, sekarang ni masih lagi lockdown dan kes masih lagi 5000 ke atas. Somehow this is so tiring, exhausting. Dari segi pemerintahan, dengan keadaan sekeliling semua rasa macam serba tak kena. Emosi naik turun. Even berat aku sendiri pun menurun secara mendadak sekarang, kalau kenalan jumpa aku lepas lockdown mesti ramai ingat aku sakit hahaha sebab takde rasa nak makan. Bila dah terbiasa hidup bersosial dan keluar berjumpa rakan2 dan masyarakat, rasa penat kena stay kat rumah lama2 macam ni. Semua benda online, meeting online, berprogram online, usrah online, jumpa adik2 usrah secara online, khusus online dan intern pun online. Sedih. Dalam masa yang sama, penat nak mengikuti berita2 dan perkara2 viral yang berlaku. Yang paling menyedihkan lockdown ni serba sedikit dah banyak menjejaskan ekonomi rakyat sendiri. Sampai ramai yang sanggup menggadaikan nyawa dan sebagainya kerana sudah penat untuk hidup kerana perniagaan dan pekerjaan tidak dapat diteruskan namun terlalu banyak bil dan bayaran tunggakan yang perlu dijelaskan. Kesian tengok especially orang yang duduk di flat. Buat kawan2 yang sedang membaca ni, kalau korang dalam kesusahan, bgtaw dan share lah ngn aku, mana taw boleh berkongsi rezeki :)
Situasi lockdown ni mula2 serious rasa awkward sebab bosan dia macam takleh bincang. Tapi lama kelamaan aku dah cuba normalize kan keadaan duduk rumah ni dengan baik. Memang bosan, tapi terkadangnya memang itu je pilihan yang ada. Kalau awal2 dulu bolehlah nak merungut bagai, tapi sekarang ni bukan masanya dah untuk nak merungut, gelisah, bersedih dan sebagainya. Sesiapa yang rasa masih tak boleh adjust kehidupan dengan keadaan ni, try la buat jadual or list apa yang korang nak achieve sepanjang lockdown ni. Sekarang ni aku dengan excel dah macam sahabat baik, kalau boleh semua benda nak buat list kat excel, dari segi timeline kerja, mutabaah amal sendiri dan sebagainya semua nak buat kat excel. Tapi semua ni berhasil dengan baik, sebab lama kelamaan aku pandai dah susun jadual and kerja. Kerja jadi lebih sistematik dan tiada yang overlap sebab semua da disusun dengan molek. Kalau tengok kalender bulan Jun aku penuh semuanya, dan dikatakan semua komitmen aku dapat penuhi. Alhamdulillah. Itulah kadang2 bila dah besar ni jangan terlalu berharap orang lain untuk tolong kita tapi sebenarnya yang hanya boleh tolong diri kita adalah kita sendiri. Kita yang kena start bangkit dan ubah kehidupan dari lemah kepada kental, dari lesu kepada semangat, dari malas kepada rajin. Yang penting bangun dan bangkit daripada kisah2 dan cerita2 lama. Tinggalkan yang keruh, ambil yang jernih.
Kadang kita terlalu sedih dan hampa dengan apa yang terjadi sebab kita terlalu penuh dengan pengharapan terhadap dunia. Semua kebahagiaan dan kegembiraan semua kalau boleh kita nak kat dunia ni. Sehingga terkadangnya kita lupa, kita lupa bahawa dunia ni tidak lain hanyalah tempat persinggahan semata- mata. Bukanlah tempat untuk kita nak mengumpul segala jenis kemewahan, kecantikan, kebahagian, kedudukan dan sebagainya untuk diri kita sendiri. Tapi untuk kita menggunakan segala aspek nikmat yang Allah berikan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Hanya dengan ini, kita mampu membantu dan menyelamat kan diri kita di hari akhirat nanti. Sungguh dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah permainan semata- mata. Takut sebenarnya hidup pada era akhir zaman ni, banyak fitnah yang boleh berlaku. Dalam sekelip mata kebenaran boleh berubah kepada kejahilan. Dalam sekelip mata kejahatan bisa ternampak seperti okey2 sahaja hanya kerana ramai orang yang mempraktikkannya. Semoga kita terhindar daripada menjadi golongan yang normalizekan kejahilan.
Sungguh kita bertuah dilahirkan dalam keadaan Islam, lahir terus2 sudah mengucap dua kalimah syahadah. Kecil2 lagi sudah diajar untuk mempraktikkan agama yang betul. Nikmat apa lagi yang kita mahukan selain nikmat hidayah Allah ini. Namun nasib kita di akhirat nanti semuanya bergantung kepada bagaimana pengakhiran saat meninggal nanti. Apakah mati dalam keadaan mulut berkumat kamit mengucap nama2 Allah. Apakah dalam keadaan kita sedang sibuk mengerjakan amalan baik? Apakah mati dalam keadaan kita sedang berhibur, bermaksiat dan melakukan kezaliman terhadap orang lain? Takut kan? Kerana segala- galanya bergantung pada bagaimana kita mengakhiri kehidupan ini nanti, bukanlah permulaan. Lalu, bagaimana pula kita nak mendapatkan pengakhiran yang baik sedangkan kita sendiri tidak tahu bila waktunya dan masanya. Disebabkan taktawlah Allah suruh kita sentiasa bersedia, sentiasa mengerjakan amal soleh dan cuba sedaya upaya menolak kejahatan dan kemaksiatan. Bila kita sedar dunia ni boleh berakhir bila2 masa sahaja, kita akan sentiasa berhati- hati sebelum melakukan apa- apa tindakan di dunia ni. Namun, kita sedar sebagai manusia iman kita turun naik, semangat untuk buat baik pun kadang2 bermusim. Namun, sekiranya tersedar dari lamunan atau lena, bangunlah segera dan berlari kepadaNya. Memperbetulkan kembali mana yang salah, Meluruskan kembali niat. InsyaAllah kita akan mendapatkan pengakhiran yang baik.
Semoga aku dan kamu bisa bertemu kembali di syurga sana. Ameen.
Comments
Post a Comment