بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum semua pembaca yang dimuliakan Allah, cerita tentang erti pengorbanan, apa yang terfikir dek ruang pemikiran pembaca semua. Adakah ianya sekadar membantu orang di kala susah dan memberi apa sahaja yang ada pada kita untuk orang lain? Adakah ianya sesuatu yang mudah dilakukan dan diamalkan atau hanya mudah menzahirkannya pada kata- kata di bibir sahaja? Pada siapa sahaja yang kita sanggup berkorban apa sahaja untuknya? Sejauh mana kita mampu berkorban? Segala persoalan ini pasti bermain di minda pembaca semua juga saya. Ikon yang banyak memahamkan saya tentang erti pengorbanan adalah orang yang terdekat dengan saya sendiri iaitu ummi dan ayah. Terkadangnya setiap gerak geri mereka, jangan kita pandang pada mata kasar sahaja tapi pandang lah dengan hati. Kerana hanya dengan hati kita mampu memahami mengapa mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk kita dari permulaan hayat kita sehingga ke saat ini. Mengapa mereka sanggup menge...
"Diwajibkan atas kamu beperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah :216)