Skip to main content

Pengorbanan dalam Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua pembaca yang dimuliakan  Allah, cerita tentang erti pengorbanan, apa yang terfikir dek ruang pemikiran pembaca semua. Adakah ianya sekadar membantu orang di kala susah dan memberi apa sahaja yang ada pada kita untuk orang lain? Adakah ianya sesuatu yang mudah dilakukan dan diamalkan atau hanya mudah menzahirkannya pada kata- kata di bibir sahaja? Pada siapa sahaja yang kita sanggup berkorban apa sahaja untuknya? Sejauh mana kita mampu berkorban?

Segala persoalan ini pasti bermain di minda pembaca semua juga saya. Ikon yang banyak memahamkan saya tentang erti pengorbanan adalah orang yang terdekat dengan saya sendiri iaitu ummi dan ayah. 



Terkadangnya setiap gerak geri mereka, jangan kita pandang pada mata kasar sahaja tapi pandang lah dengan hati. Kerana hanya dengan hati kita mampu memahami mengapa mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk kita dari permulaan hayat kita sehingga ke saat ini. Mengapa mereka sanggup mengeluarkan apa jua yang ada pada hidup mereka tidak kira lah dalam bentuk harta, tenaga dan masa untuk kita, anak- anaknya. Adakah masih kita ingat setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kita dulu? membeli lampin kita, membeli baju kepada kita dari bayi sehingga ke besar, menyediakan toy dan barang permainan untuk kita, membayar yuran persekolahan kita dari kecil, menyediakan makanan setiap pagi, tengahari, petang dan malam, ada juga antara ibu- ibu yang sanggup mengorbankan cita- cita dan apa yang mereka impikan dari dulu demi membesarkan kita dengan pendidikan yang serba cukup di rumah seperti contoh ummi saya sendiri. MashaAllah such a great sacrification! Daripada ummi ayah lah dimana saya belajar apa itu pengorbanan.

Memberi apa yang kita tak endah itu mudah namun memberi apa yang kita cukup sayang kepada orang lain itulah pengorbanan yang sebenar-benarnya. Berkorbanlah apa yang kita ada pada saat ini untuk agama kita, untuk bangsa kita dan untuk semua manusia yang berbaki di zaman akhir ini. Dunia ini sudah tenat dan kita sudah semakin hampir dengan zaman akhir iaitu hari kiamat.



Sudah banyak tanda- tanda besar kiamat yang telah muncul. Sungai Tigris juga sangat2 hampir mengering. Fitnah berlaku sana- sini. Apa yang kita mampu lakukan untuk selamatkan umat di akhir zaman ini? Sekecil- kecil perkara untuk mengajak org lain mengungkap perkataan yang baik, menutup aurat, mengajak menunaikan solat dan sebagainya sangat lah diperlukan. Memang tidak dinafikan umat Islam pada zaman ini sudah semakin ramai namun yang betul2 mengamalkannya sangat2lah sedikit wahai teman. Jom kita hayati hadith di bawah;

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

 


Takut sangat dengar hadith ni, semua mesti terfikir, "memang betullah sekarang ni ramai sangat orang Islam tapi ramainya tidak betul2 beramal".. Haa betul lah apa yang pembaca fikirkan. Ramai yang tahu kena tutup aurat, tapi tak ramai yang menutup aurat. Ramai yang tahu couple tu boleh mengundang zina tapi masih ramai yang couple. Ramai yang tahu solat itu wajib tetapi zaman sekarang ramai yang cerlus dalam menunaikan solat. Dan pelbagai lagi dosa2 sekarang ni yang dianggap perkara biasa. Para wanita semakin mengejar fesyen2 yang menjurus ke arah kebaratan, sanggup menampakkan telinga hanya untuk menunjukkan anting2, sanggup menampakkan dada untuk menunjukkan aset dan katanya nampak class, menampakkan rambut sedikit, membiarkan tangan kaki diperlihatkan begitu sahaja. Sangat menyedihkan. Semoga Allah melindungi kita semua. Paling takut bila tengok generasi remaja sekarang ni ramai yang dah makin rosak dengan kemajuan teknologi. Ramai yang begitu terikut- ikut dengan menari bertik- tok sana sini. Terlupa tujuan asal mereka hidup di dunia ini.

Bercakap tentang ni, siapa punya tugas untuk mengingatkan ni sebenarnya? Kita lah wahai pembaca semua. Nak berdakwah atau menegur tidak perlu menunggu jadi alim ulama, tidak perlu menunggu ilmu tinggi menggunung. Cukup dengan kita ada satu ilmu yang bermanfaat dan share kerana mungkin saja orang lain masih tidak tahu ilmu yang kita tahu.




Berdakwah ini memang takkan lari dari pengorbanan. Berkorban masa, tenaga dan harta demi dakwah. Nak pergi berdakwah di mana2 perlukan harta untuk bayar duit transport, duit tol dan mengeluarkan duit dan tidak lokek belanja adik2 usrah dan menolongnya di kala dia memerlukan bantuan kewangan dari kita. Berkorban tenaga pun ya, terkadang kita dah sangat penat belajar, bekerja, komitmen dengan keluarga lagi dan sebagainya, tapi atas dasar memahami erti pentingnya dakwah, kita sanggup mengorbankan tenaga yang sepatutnya disimpan di kala ada masa lapang dengan turun padang menyantuni masyarakat dan umat. Jangan pernah berkira pengorbanan yang sudah kita salurkan pada jalan ini. Biarlah Allah yang mengira dan menghitung setiap apa yang dilakukan. Ada seorang abang aku pernah nasihat, selagi masih tidak mempunyai komitmen dalam berumah tangga, buatlah sehabis baik untuk dakwah. Sebab moment2 tu lah akan menjadi penguat semangat suatu hari nanti. 




Orang yg berkorban ikhlas di atas jalan dakwah, mereka tidak akan mengharapkan imbalan atau penghargaan manusia. Buat kerja dakwah ni terkadangnya tiada siapa yang ambil tahu setiap pengorbanan kita. Tidak perlu mencanang kepada semua orang setiap titik peluh pengorbanan kita hanya untuk meraih penghargaan manusia. Tapi lainlah kalau kita ingin menunjukkan qudwah kepada para pendakwah lain. Tapi semua ni berkait rapat dengan niat. Niat ni sangat penting kerana dengan niatlah akan menjadi impak kepada keberkesanan tindakan kita. Kalau niat kita ikhlas hanya kerana inginkan redha Khaliq (Allah) insyaAllah Allah akan bantu dan usaha kita tidak akan sia- sia. Kalau kita buat dakwah semata- mata nak orang nampak kita hebat, berani, tabah dan sebagainya, yakinlah itu bukan sebenar- benarnya yang kita cari. Kita hidup seratus- peratus hanya kerana ingin lakukan yang terbaik untuk agama Allah dan tiada kepentingan diri

Jadilah seperti Rasulullah, para nabi terdahulu dan para sahabat berjuang mati- matian kerana ingin Islam sampai ke tangan kita pada hari ini. 

Justeru apa langkah dan usaha kita bagi meneruskan perjuangan orang- orang hebat yang terdahulu. Jangan pernah mengeluh seandainya terasa usaha kita sia- sia dan tiada hasil yang baik berlaku. Setiap usaha kita Allah kira. 'Man jadda wa jadda' siapa berusaha dia berjaya! Mungkin kejayaan tu tak datang semasa fasa kita. Tapi setelah kita pergi nanti, mungkin hasilnya akan timbul dan menyenangkan kerja dakwah orang seterusnya. 

Sentiasa bermujahadah kepada Allah, mengeluhlah kepadaNya. Semakin dunia sampai ke penghujung, semakin sukar untuk kita mendidik masyarakat kerana masing2 semakin leka mengejar keduniaan. Masing masing saling bersaing dan secara tidak langsung mendidik hati untuk mencintai dunia yang tidak kekal ini. Islam kian dipandang asing. Orang yang betul2 mengamalkan Islam yang sebenar dianggap jumud dan tidak berfikiran terbuka. Jangan pernah bersedih wahai rakan2 pendakwah sekalian kerana yakinlah Allah menyaksikan semua ini. 


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”  [Hadith Muslim no. 145]

Kadang- kadang takut bila mendengar hadith ni sebab takut seandainya saya suatu hari nanti tergolong dalam kalangan orang yang bukan asing tersebut dan lebih memilih keseronokan dunia berbanding kenikmatan akhirat. Zaman dulu pun islam datang dalam keadaan asing. Banyak tentangan yang diperolehi para nabi pada masa dahulu. Marilah kita banyak mendidik diri untuk membaca kisah- kisah sirah nabi dan para sahabat dahulu supaya kita pun boleh jadi kuat dan bersemangat membara dalam menghadapi zaman di mana Islam di pandang asing ini di akhir zaman ini. Belajarlah dari mereka bagaimana mereka menguatkan semangat dan bermujahadah mengingatkan dan meyakinkan masyarakat berkenaan Islam. Bagi saya zaman dahulu dan sekarang agak berbeza sedikit. Kalau dulu orang yang mereka dakwah adalah golongan yang 100% tiada basic agama dan mengikut agama nenek moyang mereka namun zaman sekarang,  kita berhadapan dengan orang yang sudah memahami Islam dan tahu hukum hakam Islam tapi tidak mahu mengikutinya. Tapi ni dalam skop Malaysia lah, kalau skop luar negara saya dengar cerita kawan- kawan saya yang belajar oversea agak mencabar juga untuk mengamalkan islam di sana apatah lagi mahu mengajak untuk memasuki Islam. Kita di Malaysia ini berdakwah dengan cara menjentik semula hati- hati untuk kembali mengikuti perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.





Wahai para pendakwah, jangan pernah menyerah kalah dan berputus asa dari jalan ini. Kerana terlalu ramai insan di luar sana yang memerlukan kita untuk menasihati dan memberi ilmu kepada mereka. Jangan mudah berkecil hati dan terasa seandainya ada perkataan dan perlian yang mengundang kesedihan hati. Abaikan sahaja fitnah dan tohmahan mereka yang tidak berkefahaman. Bergaullah dan berceritalah bersama mereka yang memahami. InsyaAllah semangat akan pulih dan datang kembali dengan penuh semangat yang jitu demi menyelamatkan umat ini. Kalau rasa penat, berehat sebentar tapi jangan QUIT! All the best semua! Jua kepada diri yang menulis ini. Berfikiran positiflah sentiasa dan sentiasa memastikan hubungan kita dengan Allah terjaga. Sentiasa merujuk Al-Quran dan hadith untuk dijadikan panduan. Dan beramallah dengannya. 

Pendakwah tidak semestinya perlu menjadi ustazah, ustaz, PU, imam muda dan sebagainya sahaja. Namun, para Engineer, Doktor, Architect, Accountant, Guru, para bussinessman/ woman juga boleh menjadi pendakwah. Ambil tempat masing- masing dan berjuang di medan masing- masing. Jadilah doktor Islam yang berjaya memberi kesedaran kepada doktor yang lain dan lagi bagus mampu memberi kesedaran kepada pesakit itu sendiri. Jadilah engineer Islam yang dihormati kerana mampu menjadi tauladan dan menunjukkan qudwah kepada rakan sekerja dan masyarakat. Begitu juga dengan jurusan yang lain. Kita kalau boleh nakkan pendakwah ni ada di setiap cabang jurusan supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaat daripada kewujudan mereka di situ. 




Jadi ayuh! Berjiwa besarlah kita semua, jangan mudah mengecut dengan emosi yang ada. Perjalanan dakwah kita ni terlalu panjang lagi. Yakin dengan janji Allah. Siapa yang membantu agama Allah, insyaAllah Allah akan membantu memudahkan urusannya. Jom bantu meneruskan legasi dakwah Rasulullah saw. 

 Saya kalau mula terasa hampa, sedih, kecewa, saya akan sentiasa ingatkan diri yang "ALLAH KAN ADA". And somehow ayat ni banyak melegakan gundah di jiwa kerana kadang2 kita rasa semua tu adalah kerana rasa diri keseorangan dan manusia tidak kisah tentang kesulitan yang kita hadapi. Namun bila ingatkan diri yang Allah itu ada, kita akan mula rasa lega yang kita ada satu GUARD yang sangat kuat melebihi kekuatan manusia dan alam seisinya. KITA ADA ALLAH 🥰🥰

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada

Coretan abang Umair

Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa March 22, 2009 Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su)  tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess  n9  (T_T)… Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr ko

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,