Skip to main content

Ujian itu Hadiah Allah❤️

السلام عليكم سموا سلامت مالم

Siang tadi Jumaat (19 June 2020 3 pm) baru dapat result utk sem lepas which is sem di mana berlakunya Pkp and online class. Alhamdulillah all A's hehe hadiah Allah. Lecturer sem ni sangat membantu, everytime I messaged mesti dapat fast reply. I wanna mention her names here coz i really love them a lot; mdm Badariah & Dr Zai. They're such a lovely and helpful teacher. Banyak sebenarnya challenge yg aku hadapi sepanjang online class ni. Susah nak fokus pun ya. Bayang kan sebab time pkp kan akk ipar ngn abg yg doktor kerja en, and tadika tutup so abang aku minta tlg aku jaga najla. Haha jaga budak kecik mana boleh belajar, mesti depa nk belajar sekali😂 Pernah satu hari time tgh class online, pastu aku duduk dalam bilik kunci pintu sebab nak fokus takut Najla kacau sebenarnya haha. Sebab time ni ade ummi sekali so aku ok je la biar dia main ngan ummi. Pastu dia duk cari mana aku then dia ketuk pintu kuat gila hahah sampai ada classmates yg tanya, "wei kau kena dera ke sumay" hahaha kelakar betul aku lupa nk mute abis satu kelas dengar. Banyak gak ah benda2 cmni berlaku sebab tgh berjihad ngn anak buah en.

Tapi ummi ayah serious supporter aku sepanjang online kelas ni. Yela bayangkanlah kalau aku tengah nak ada kelas online tukan depa siap sediakan goreng pisang la, keropok lekor laa haha untuk kunyah2 masa lecturer mengajar. Pastu aku ada exam tu, macam biasa la aku akan stay up pastu depa lah yang tolong kejut kan aku sebelum aku terlajak. Best sebenarnya musim pkp ni sebab boleh lagi rapat ngn mak ayah. Dan boleh jimat duit untuk tak berbelanja beli makanan and rasa air tangan mak setiap masa dan saat

Tapi semua ujian ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan ujian ayah masuk hospital. Pengalaman ni takkan aku lupakan. 


Ada satu hari tu aku stay up sampai kul 2 dalam bilik sebab esok tu ade quiz. But then, tiba2 time dah siap dah study and nk tido, abang aku, Muaz kejut aku cakap ayah sakit. Masa tu aku ngantuk sgt but abg aku mcm serious je pastu aku jadi takut jap then terus pi toilet tengok ayah. Terkejut aku tengok ayah dah lemah tapi asik nak ke toilet. Masa ni aku memang duk syak salah makan la kot cirit birit muntah2 smpi dehydrate sgt2. Then lepas beberapa kali ayah ulang alik ke toilet smpi kul 5 pg, kiteorg discuss2 igt nk hantar ayh ke hospital teruk sebab takut any risk yg lagi besar terjadi. Sampai sana, amik test covid semua then lama gak process nya pastu dapat tahu ayah kena warded time tgh hari gitu. 



Aku ngn abg aku,Muaz pi makan2 sat breakfast. Then abg aku, Anas yg doktor kt hosp pilah ngn isteri dia,kak mas pun sampai hosp. Dahlah kak mas baru settle bersalin ksian pula depa. Then baru taw abg aku semalam pun teruk kena cirit birit hmm ni mesti salah makan something ni. Sebab kami ade makan2 ade satu hari tu. Tp Alhamdulillah aku tak ter affected. Then pukul 3 ptg aku ngn abg aku balik rumah jap rest sebab seharian kat hosp. Aku drive balik coz abg aku dah rasa mual nak muntah2 hmm. Risau aku time tu Allah je yg taw. Macam satu family ter affected. 


Sampai rumah aku terus kemas satu rumah. Basuh pinggan mangkuk periuk, basuh, sidai and lipat baju, and kemas sikit rumah then lepas penat terus terbaring. Nangis sebab macam taktaw ape tgh jadi. Dengan quiz nya yg tak terbuat hmm. Aku terus pm dr zai cakap ngn dia pasal masalah aku but respon dr zai sangat positif and somehow kata2 dia buat hati aku tenang and lega. Dah lama tu aku tertido. Then aku terbangun bila phone rumah ringing, bila aku jawab rupanya abang2 aku dari johor call tgh carpool rupanya balik rumah. Time ni hanya Allah yg taw how grateful i am. Sebab aku je yg x sakit kat rumah time tu and like seriously cannot handle all of that alone. Even how strong i am, I'm still a girl. 

Alhamdulillah tak lama after that my bros smpi rumah then kami pi hosp ramai2 sebab nk tukar shift ngn ummi. Okay kalau nk cerita banyak sebenarnya but i cut until here. After a week, ayah dpt keluar dah dari hosp alhamdulillah. Thanks a lot my bro yg sanggup turun ke menceh utk sama2 jaga ayah. Tu paling terharu. Memang betul it's important utk duduk dekat ngn parents lagi2 bila depa dah semakin meningkat usia. Dah tak kuat macam dulu. Anything boleh jadi bila depa penat. 


Tapi after a week aku lupa dah pasal quiz tu, sebab fokus kat ayah. Hmm tapi sepatutnya dr zai bagi je peluang utk aku buat tapi aku terlupa sebab after that aku dah nak kena fokus utk project and final lak. But alhamdulillah got highest carrymark even my last quiz tu got 0 😅 

Memang Allah mudahkan sgt. Final pun banyak lecturer keluarkan soklan mudah. Semua yg sama ngn soklan yg pernah buat kat kelas. Alhamdulillah both subjects soalan okay utk final☺️ and bila keluar result got A's for both. Alhamdulillah ✨

Apa yg aku boleh simpulkan, memang banyak sangat ujian time short sem ni. Banyak sgt aku menangis sebab masalah bercampur baur😢 but what i realised, the more test i got, the nearer i am to Allah. The more i feel content. Rasa happy lain macam dalam hati. Yes memang sedih tapi bila dapat menangis and mengadu pada Allah, rasa terharu and tenang sgt. Kadang2 Allah bg ujian sebab dia sayang ngn kita. 

Macam ni lah ujian ni kan dia ibadat kita ikat kambing kat pokok. Semestinya lah kambing tu akan berjalan- jalan menjauhi pokok tu kan but at one point, tali akan tegang dan bila dia berjalan and try berjalan, tali tu akan tersentap dan akhirnya utk mengelakkan kesakitan, kambing tu akn berpatah balik. Begitulah dengan kita as manusia. Kadang2 Allah cipta ujian sebab nk menyentap kita supaya kita sedar kita ni dah semakin jauh dari jalan yg sepatutnya and kena berpatah balik kepada Allah. 

Jadi jangan terlalu bersedih ketika diuji kerana itu petanda bahawa Allah sayang and Dia nak kita dekat ngn Dia. 💞💞


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada

Coretan abang Umair

Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa March 22, 2009 Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su)  tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess  n9  (T_T)… Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr ko

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,