Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Betapa Banyak Dakwah Mengajariku

Sungguh banyak sungguh dakwah mengajarku.. Ketika dulu aku kurang mengerti tujuan hidupku, untuk siapa dan apa aku diciptakan, dakwah mengajariku menjadi seseorang yang hidup untuk yang lain. Ketika dulu aku merasa putus asa pada hidupku, dakwah mengajariku bagaimana berjuang hingga menjadikanku seorang sosok yang kuat. Ketika dulu aku banyak menangis menonton drama melayu dan korea yang dongeng belaka di kaca televisyen, dakwah menyedarkanku untuk lebih banyak menangis menyelusuri kisah benar ujian dan cabaran dalam perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat. Dicela, dihina dan dibunuh demi agama. Sedangkan aku? Tidak pernah diuji sebegitu rupa namun sudah pandai mengungkap perkataan 'putus asa'. Ketika dulu aku mencampur- adukkan kebaikan dengan keburukan dalam kehidupan, dakwah mengajariku agar berusaha sedaya upaya menolak kejahatan dan menjemput kebaikan dengan bersederhana. Kerana baru aku tahu selama ini yang telah menjadi halangan kepada kebaikan yang i

A Letter To the Believer

"Rosaknya agama pada hari ini mengapa?" Assalamualaikum semua para pembaca yang dikasihi Allah. Semoga penulisan ini mampu mengetuk serba sedikit pintu- pintu hati. Pernahkah kita mengambil masa sejenak berfikir berkenaan kondisi atau keadaan ummat pada zaman ini? Atau pernahkah kita mengambil tahu masyarakat terdekat, mereka sedang sibuk mengejar akhirat ataupun dunia semata- mata?  Begitu juga dengan diri kita. Apa khabar agaknya iman kita pada saat ini? Adakah sedang menjunam ke bawah atau sedang mencacak naik ke atas? Pernahkah dirimu tertanya kondisi hatimu? Apakah sedang sibuk melayani perasaan sendiri, atau sedang sibuk dengan keegoaanmu, atau sedang sombong dan angkuh dengan nikmat sementara yang diberikan oleh Allah? Sedar atau tidak, masa tetap berjalan meninggalkan masa silam kita ke belakang. Sebentar tadi aku mengambil masa seketika selepas solat Isyak di atas tikar sejadah sambil memegang tasbih digitalku,  aku tertanya kepada Allah, "Apakah nilaiku di sisi