"Rosaknya agama pada hari ini mengapa?"
Assalamualaikum semua para pembaca yang dikasihi Allah. Semoga penulisan ini mampu mengetuk serba sedikit pintu- pintu hati. Pernahkah kita mengambil masa sejenak berfikir berkenaan kondisi atau keadaan ummat pada zaman ini? Atau pernahkah kita mengambil tahu masyarakat terdekat, mereka sedang sibuk mengejar akhirat ataupun dunia semata- mata?
Begitu juga dengan diri kita. Apa khabar agaknya iman kita pada saat ini? Adakah sedang menjunam ke bawah atau sedang mencacak naik ke atas? Pernahkah dirimu tertanya kondisi hatimu? Apakah sedang sibuk melayani perasaan sendiri, atau sedang sibuk dengan keegoaanmu, atau sedang sombong dan angkuh dengan nikmat sementara yang diberikan oleh Allah? Sedar atau tidak, masa tetap berjalan meninggalkan masa silam kita ke belakang.
Terlalu panjang perjalanan kita selepas ini, namun apakah bekalan kita untuk perjalanan yang panjang itu. Siksaan Allah itu sangat berat. Sangat tak berbaloi seandainya kita lebih memilih dunia yang sementara berbanding akhirat yang kekal. Lebih baik seandainya bersusah- susah di dunia dan bersenang di akhirat. Harta, keluarga dan segala yang kita ada di dunia ini tidak mampu memberi kita apa2 erti di akhirat nanti kecuali dengan kita menggunakannya ke arah yang baik. Ada harta, bukan untuk nak dibangga- banggakan tapi untuk disedeqahkan. Ada ilmu, bukan untuk nak sombong dan pandai sorang, tapi untuk membantu dan share kepada orang lain untuk mengamalkan. Ada keluarga baik bukan untuk dibanding- bandingkan dengan keluarga orang lain, tapi untuk menjadi teladan dan meramaikan lagi generasi yang soleh solehah.
Dengan kita diulik dengan kesenangan dan kesibukan mengejar duniawi (pekerjaan, pembelajaran, harta kekayaan, pangkat pengaruh, keluarga dan sebagainya), alpa untuk merawat dan mengambil tahu masalah generasi kita zaman ini. Ramai saudara mara kita yang sedang menangis di negara Islam di luar sana yang sedang dihentam dengan ganas oleh negara kafir. Mereka sedang ditindas dan disiksa dengan pelbagai jenis penderitaan. Tangisan meminta tolong mereka, tangisan kesedihan mereka adakah kita ambil tahu? Adakah kita pernah menghulurkan bantuan kepada mereka dengan menderma mereka yang menyampaikan bantuan. Sekecil- kecil perkara, adakah kita mendoakan mereka?
Di Malaysia, kita sibuk dengan kehidupan yang dikelilingi golongan orang2 yang baik sehingga kita kurang rasa kepentingan berdakwah kepada golongan yang agak jahil sedangkan tanpa kita sedari terlalu banyak remaja dan belia yang semakin lama semakin menjauh daripada jalan yang benar. Semakin lama, semakin ramai yang jahil ilmu agama dan lebih memilih kepada keseronokan dan kemaksiatan. Makin ramai yang menjadikan keseronokan bermaksiat > keseronokan beribadah. Sungguh maksiat tidak boleh dicampur adukkan dengan kebaikan. Sampai bila2 kau tidak akan menemukan titik pertembungan antara hak dan batil. Antara maksiat yang semakin jelas kelihatan adalah zina (hati, lisan dan perbuatan), arak, judi, dan banyak lagi. Jangan melihat skop zina itu sebagai skop kecil. Dulu aku pernah merasakan Ustaz Adnin terlalu serius dalam menyatakan couple itu haram, kdrama kpop itu haram dan macam2 lagi. Tapi bila aku memandang 'penyakit zina' ini dalam skop yang besar, aku setuju dengan Ustaz Adnin.
Sedarkah kalian bila couple, apa yang korang akan lebih ingat dalam kehidupan seharian? Sudah tentu pasangan korang. Kalau boleh selalu nak berhubung. Sedangkan belum ada apa2 ikatan yang sah untuk menghalalkan perhubungan korang. Di saat kau meletakkan pasangan kau nombor satu, Allah kau letak di tangga mana dalam hati kau. Ingat, Allah tak perlu kan kita tapi kitalah yang memerlukan Dia.
Jangan tersalah pilih keutamaan cinta dalam hati. Sepatutnya Allah sentiasa berada pada tangga pertama disusuli dengan manusia. Kita mencintai manusia atas dasar cintanya kita kepada Allah. Bila ber'couple' kau akan tend untuk buat maksiat, call sampai tengah malam, keluar berdua- duaan dalam kereta, mula terpegang tangan at first then dah lama2 kau hilang rasa bersalah. Aku pelik rakan sebayaku asyik memuji seandainya seseorang itu ber'couple' ibarat ianya sesuatu keperluan. Padaku, tiada secebis langsung dalam hati aku memandang hebat kepada mereka yang ber'couple'. Namun bagi rakan2 yang sedang bergerak ke arah membina rumah tangga aku mendoakan supaya dipermudahkan dan pandai menjaga diri daripada terjatuh ke dalam lubang kemaksiatan. Ingat, niat tidak menghalalkan cara.
Pernah ada seorang rakanku mengadu kepadaku, dia rasa berdosa sangat sebenarnya setiap kali dating and berdua- duaan dengan pasangan couple dia, tapi dia dah suka sangat and rasa tak mampu hidup tanpa pasangan dia sebab dah terlalu banyak bergantung pada dia. Akhirnya dia ikut sahaja kemahuan pasangan dia untuk dating sampai malam, call lama2 malam2 dan sebagainya. Sungguh aku sedih mendengar luahan sebegini. Apa yang mampu aku katakan, mintalah pertolongan dari Allah dan cubalah sedaya upaya untuk keluar daripada lubang maksiat tersebut. Kalau tak boleh berlari, melompat. Kalau tak boleh, berjalan. Kalau tak boleh berjalan, merangkak.. sehingga kau terkeluar daripada lubang itu.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka " QS 13:11Dalam masa yang sama sangat menakutkan, generasi pendakwah zaman ini juga diuji dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagi2 dari kalangan pendakwah muda. Dalam sibuk melontar idea, rujuklah para ilmuan yang ada supaya lebih terpandu setiap apa yang ingin disampaikan. Nasihat ini aku tujukan dahulu kepada diriku. Aku malu melihat pendakwah yang sibuk dengan cintan- cantun dan obses dengan diri sendiri. Apabila para pendakwah goyah dan tidak memandang serius terhadap isu ini, aku risau generasi akan datang semakin rosak.
Takut aku melihat semakin lama semakin ramai adik2 bawahan mengikuti para pendakwah hanya disebabkan kepentingan tersendiri seperti personaliti yang cantik, hensem dan sebagainya. Sehingga lupa ilmu yang ingin disampaikan. Lebih takut lagi seandainya pendakwah ini melayan golongan2 sebegini. Yang aku risaukan ramai remaja perempuan yang sangat jelas hilang rasa malu untuk memuji pendakwah tu hensem, comel dan sebagainya. Aku, sebagai seorang wanita, sangat malu dengan perkara sebegini. Nasihatku buat wanita di luar sana, jagalah maruahmu, jaga niatmu. Seandainya betul engkau ingin berhijrah, menuntut ilmu betul2 dengan cara yang betul. Jangan terleka dengan keindahan dunia yang boleh menjerat dirimu suatu hari nanti.
Dalam musim PKP ini, sangat mencabar bagi semua orang. Sungguh aku merindui kehidupan sebelum pkp di mana aku dapat menyantuni ramai orang dan menyampaikan kebaikan dengan lebih mudah. Rindu betul aktiviti hiking, volleyball, futsal, basketball, netball, bowling yang berakhir dengan pengisian dan santapan rohani. Rindu juga mengadakan usrah bersama adik2 face to face, baca quran, solat berjemaah bersama- sama, jaulah naik grab dan sebagainya. Rindu mengadakan KULTUM (kuliah tujuh minit) sambil makan2. Rindu juga aku time lepak bersama rakan2 classmates sambil menyelitkan pengisian sedikit. Rindu nak jaulah, mabit bersama akhwat2 tersayang. Allah lah menyaksikan segala kerinduanku ini.
Aku berdoa supaya selepas PKP 2.0 ni, kes covid semakin surut dan lebih terjaga dan kita boleh kembali melakukan semua perkara seperti biasa especially medan dakwah dan tarbiah ini. Semoga masyarakat memberi kerjasama kepada para frontliner yang sedang berjuang. Musim2 pkp ni, dalam sedar tak sedar, pendakwah pun dah jadi frontliner dah untuk mengekalkan penyampaian ilmu agama berjalan seperti biasa. Aku kagum melihat para2 pendakwah idolaku, guru2 ustaz ustazah yang tak pernah berhenti menggunakan semua platform yang ada untuk menyampaikan ceramah agama. Semoga aku juga terus kuat dalam menyampaikan kebaikan kepada masyarakat disekelilingku. Amin.
Sungguh Allah lah yang memegang hati- hati kita.
Comments
Post a Comment