Skip to main content

Betapa Banyak Dakwah Mengajariku

Sungguh banyak sungguh dakwah mengajarku..

Ketika dulu aku kurang mengerti tujuan hidupku, untuk siapa dan apa aku diciptakan, dakwah mengajariku menjadi seseorang yang hidup untuk yang lain.

Ketika dulu aku merasa putus asa pada hidupku,
dakwah mengajariku bagaimana berjuang hingga menjadikanku seorang sosok yang kuat.


Ketika dulu aku banyak menangis menonton drama melayu dan korea yang dongeng belaka di kaca televisyen, dakwah menyedarkanku untuk lebih banyak menangis menyelusuri kisah benar ujian dan cabaran dalam perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat. Dicela, dihina dan dibunuh demi agama. Sedangkan aku? Tidak pernah diuji sebegitu rupa namun sudah pandai mengungkap perkataan 'putus asa'.

Ketika dulu aku mencampur- adukkan kebaikan dengan keburukan dalam kehidupan, dakwah mengajariku agar berusaha sedaya upaya menolak kejahatan dan menjemput kebaikan dengan bersederhana. Kerana baru aku tahu selama ini yang telah menjadi halangan kepada kebaikan yang ingin datang kepadaku adalah kelalaianku sendiri.


Ketika dulu aku seringkali takut seandainya orang menggelar aku sebagai seorang yang 'bajet alim' atau 'munafik' ketika menyebarkan kebaikan, namun dakwah membuka mataku untuk lebih takutkan seandainya aku 'bajet kafir' (mempamerkan kelalaian) dan menjadi asbab orang lain mengikutiku.

Ketika dulu aku berfikir untuk hanya ingin jadi baik seorang diri dan meninggalkan mereka yang terleka di belakangku, namun dakwah mengajarkanku prihatin terhadap orang sekelilingku dan berjalan seiring memimpin tangan mereka. Aku mula mengerti kepentingan menyebarkan kebaikan kepada umat manusia yang hampir kehausan dan perlu menjadi qudwah (suri teladan) buat mereka

Ketika dulu aku selalu mempersoalkan Allah atas takdirNya, dakwah mengajariku menjadi hamba yang betul- betul ikhlas dan redha terhadap setiap ketentuanNya



Ketika aku selalu tergesa- gesa mengejar apa yang aku mahu, dakwah mengajariku tentang ketekunan dan kesabaran menanti disamping berusaha.

Ketika dulu aku hanya bermimpi kecil dan selalu berfikir apa adanya, dakwah mengajariku untuk berani bermimpi besar dan bercita- cita sebanyak mungkin.

Ketika dulu aku hanya hidup untuk diri sendiri, dakwah mengajariku untuk peduli dan peka dengan keadaan orang lain. Aku mula belajar untuk duduk mendengar dengan sabar dan memberi solusi kepada rakan- rakan yang memerlukan.

Ketika dulu aku tidak boleh menerima keburukan orang lain terhadapku, dakwah mengajariku untuk membalas keburukan dengan kebaikan dan senyuman.

Ketika dulu aku merasa tiada siapapun yang menolongku dan keseorangan, dakwah mengajariku tentang keyakinan bahawa Allah itu akan selalu ada untuk hambaNya. Aku belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada manusia. Perkataan 'Allah kan ada' sentiasa diingatkan berulang- ulang kali di dalam hatiku.

Ketika dulu aku merasakan golongan agamawan terlalu berlebihan dalam beragama, dakwah menyedarkan aku bahawa sebenarnya aku lah yang terlalu berlebihan dengan dunia.

Ketika dulu aku rasa sukar untuk menyentuh hati manusia, dakwah mengajariku tentang bahasa hati. Aku pelajari bahawa hati manusia bukanlah di tanganku tetapi di genggaman Allah. Aku belajar untuk tidak memaksa manusia. Hanya mampu berusaha menyampaikan, lalu berdoa menyerahkan segalaNya pada Allah yang lebih berKuasa.




Ya, dakwah telah banyak mengajariku tentang banyak hal. Dakwah telah mengajariku untuk menjadi sebuah susuk tubuh yang lebih bererti buat hidup yang hanya sekali dan sementara ini.





Dakwah mengajariku untuk hanya mengejar cinta sejati (Allah dan Rasulullah)
Dakwah mengajarku untuk memahami dan mendekati manusia dengan belas kasihan bukan dengan menghukumi
Dakwah mengajariku tentang kekuatan agar aku tidak menjadi manusia yang mudah menyerah
Dakwah mengajariku menjadikan sesuatu yang 'impossible' menjadi 'possible'
Dakwah mengajariku tentang sebuah keikhlasan
Dakwah mengajariku tentang kemanisan ber'ukhuwah'
Dakwah mengajariku agar senyumku selalu tersebar dimana- mana saja, meski hatiku sedang bersedih
Dan dakwah telah mengajariku bagaimana menjadikan dunia ini ada dalam genggaman tanganku, bukan pada hatiku



Hingga ketika satu saat Allah memberiku kesedihan, aku tahu bagaimana caranya tersenyum lagi.
Dan jalan dakwah inilah yang telah kupilih,
Kerana mungkin inilah amalan yang boleh aku persembahkan di hadapan Allah kelak


Jangan pernah berhenti berdakwah,
Hingga Allah berkata 'berehatlah'
Jangan pernah menyerah berdakwah,
Hingga Allah berkehendak 'pulanglah'

Terima kasih, Allah kerana menghantar aku ke jalan ini dan menemui orang yang betul- betul ikhlas mengerjakannya hanya keranaMu semata- mata. Sungguh aku mencintai kalian kerana Allah. Semoga Allah menemukan kita di taman- taman syurga kelak. Ameen. ❤️

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

At Taubah (9:111)













Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada

Coretan abang Umair

Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa March 22, 2009 Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su)  tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess  n9  (T_T)… Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr ko

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,