Skip to main content

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian)




Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil)

Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group.




Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢.




Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada yg berlagu lagi, tp ada juga yg tak pandai baca tp mmg nmpk riak muka dye sedih and malu, tp still suruh dia tasmik juga, walaupun dia banyak kali tolak, pastu dia ikut satu2 sebutan yg saya sebut.. then benda yg paling saya sebak, dia cakap," macam mana ye, mesti Allah kecewa kn ngn saya tak pandai baca quran, dulu time tgh sibuk menghisab, masjid sebelah rumah je tp saya tak endah langsung nk solat baca quran semua, tp sekarang saya betul2 nk berubah Allah terima saya lg ke" insyaAllah, Allah melihat usaha, kalau kita betul2 berusaha nk kembali kepadaNya, mmg Dia akn tolong, Dia membuka seluas-luas pintu kpd hambaNya yg betul2 nk brubah. Setiap usaha sahabat utk mengenali setiap huruf2 al quran tu ada ganjaranNya nnti.


Then lepas tu ada sharing session, macam2 cerita dari setiap org, ada yg menangis, ada yg kecewa marah dengan diri sendiri, dan plbagai lagi, benda ni mmg betul2 membuka minda saya sebagai manusia biasa, kadang2 kita berada dalam suasana yg selesa, yg baik smpi kita tak perasan ramai lagi golongan2 macam ni yg perlukan org macam kita utk membimbing, memberi semangat pada mereka, soalan yg paling sebak dari mereka ialah," kalau kteorg dah boleh kluar dari pusat ni, ada ke org macam korang yg nk kawan ngn kteorg?" Ya Allah hai, sebak sgt rasa. 



Bila tanya cita2 mereka pun, semua nye tinggi cita2, ada yg nk jadi tentera, chef, pilot, pemain bola sepak dan sebagainya tapi lepas tu mereka ckp," tp cita2 ni berakhir lepas masuk pusat ni je, lepas keluar nnti mesti semua syarikat takkan terima kteorg da" saya jadi macam sebak sangat then terus tanya abg yg jaga pusat tu betul ke mcm tu, dia ckp ye sebab dah ade surat mahkamah😢 .


Saya harap sgt masyarakat di luar sana tukar kn persepsi terhadap golongan yang macam ni, mereka sama je macam kita cuma tersasar sedikit, kita semua ada dosa2 kita cumanya Allah masih menutup aib kita, jadi pandanglah semua org dengan sama rata, jgn cepat menghukum😊


"if you're on the path towards Allah, then run, if it's hard for you, then jog. If you get tired, then walk. And if you can't, crawl, but never go back or stop" - Imam Al-Syafiee

Comments

Popular posts from this blog

Issue "Wanita perlu Bodoh2 sikit"

 Assalamualaikum semua para pembaca yang dimuliakan Allah.  Baru2 ni rasa nya semua cakna naik satu issue daripada video tular Prof Muhaya. :') Sebenarnya sumay dah tengok video tu lama dah haha siap bagi komen kat post Prof, "Ouh, kena jadi bodoh2 ke prof ?" haha pastu ramai pulak yang like. Tapi bila kecoh pasal video tu, sumay tengok kat instagram Prof Muhaya, dah di delete da. Rasa bersalah jap. Tapi faham je apa yang dimaksudkan dengan 'bodoh2' tu. Bukanlah bermakna kena jadi bodoh kalau nak cepat dapat jodoh, tapi bodoh tu means jangan terlalu tunjuk serba boleh sgt. Sebagai seorang wanita yang agak bijak, aku mengesahkan yang kadang2 ego tu agak tinggi. Esp bila tengok ada banyak yang tak kena. Mula lah rasa rimas nk bertolak ansur dengan orang lain. Rasa cm nk control semua benda sebab dah terbiasa jadi ketua bila dicampak ke mana2 dari kecil sampai ke besar. Even orang yang baru kenal pun kadang2 tiba2 lantik diri ini jadi ketua.  Sebenarnya perempuan tak...

Ujian itu Hadiah Allah❤️

السلام عليكم سموا سلامت مالم Siang tadi Jumaat (19 June 2020 3 pm) baru dapat result utk sem lepas which is sem di mana berlakunya Pkp and online class. Alhamdulillah all A's hehe hadiah Allah. Lecturer sem ni sangat membantu, everytime I messaged mesti dapat fast reply. I wanna mention her names here coz i really love them a lot; mdm Badariah & Dr Zai. They're such a lovely and helpful teacher. Banyak sebenarnya challenge yg aku hadapi sepanjang online class ni. Susah nak fokus pun ya. Bayang kan sebab time pkp kan akk ipar ngn abg yg doktor kerja en, and tadika tutup so abang aku minta tlg aku jaga najla. Haha jaga budak kecik mana boleh belajar, mesti depa nk belajar sekali😂 Pernah satu hari time tgh class online, pastu aku duduk dalam bilik kunci pintu sebab nak fokus takut Najla kacau sebenarnya haha. Sebab time ni ade ummi sekali so aku ok je la biar dia main ngan ummi. Pastu dia duk cari mana aku then dia ketuk pintu kuat gila hahah sampai ada classmates yg tanya, ...