Assalamualaikum semua para pembaca yang dimuliakan Allah.
Baru2 ni rasa nya semua cakna naik satu issue daripada video tular Prof Muhaya. :') Sebenarnya sumay dah tengok video tu lama dah haha siap bagi komen kat post Prof, "Ouh, kena jadi bodoh2 ke prof ?" haha pastu ramai pulak yang like. Tapi bila kecoh pasal video tu, sumay tengok kat instagram Prof Muhaya, dah di delete da. Rasa bersalah jap. Tapi faham je apa yang dimaksudkan dengan 'bodoh2' tu. Bukanlah bermakna kena jadi bodoh kalau nak cepat dapat jodoh, tapi bodoh tu means jangan terlalu tunjuk serba boleh sgt. Sebagai seorang wanita yang agak bijak, aku mengesahkan yang kadang2 ego tu agak tinggi. Esp bila tengok ada banyak yang tak kena. Mula lah rasa rimas nk bertolak ansur dengan orang lain. Rasa cm nk control semua benda sebab dah terbiasa jadi ketua bila dicampak ke mana2 dari kecil sampai ke besar. Even orang yang baru kenal pun kadang2 tiba2 lantik diri ini jadi ketua.
Sebenarnya perempuan tak semua sama, ada perempuan yang sudah terbiasa tidak menonjol dan terbiasa 'redha' je dengan apa yang berlaku. Depa tak suka sangat nak kisah orang and lebih suka fikir pasal diri sendiri. Mungkin faktor dia dibesarkan. Ada perempuan yang dia suka kalau boleh apa yang dilaksanakan tu sempurna sampai habis, bukan sekerat- sekerat. Ada perempuan yang sangat berkebolehan dalam akademik dan kerja sehingga pelbagai jenis org pernah minta pertolongan kat dia, tak kisahlah kaum lain ke, jantina yang berlawanan, tua dan muda, semua banyak bergantung kat dia. Dia dah terbiasa uruskan banyak hal. Jadi bagi seorang yang begini, agak panas gak la bila disuruh untuk memperbodohkan diri. Mungkin sebab ayat tu je yang jadi bikin panas. Padahal aku faham apa yang Prof nak maksudkan even prof sendiri pun bukan biase2. Aktif sebagai penceramah, motivasi, doktor di samping merupakan seorang anak, ibu, isteri, nenek.. uish dahsyat. Bagi aku prof ni memang idola, dah lama dah jadikan prof sebagai inspirasi.
Tapi bila disebut kena jadi bodoh untuk mendapatkan jodoh, ianya agak kasar especially untuk yang ada masalah mendapatkan jodoh disebabkan dia terlebih bekerjaya dan sebagainya. Ramai je yang aku kenali yang macam ni. Jadi mungkin penggunaan ayat je.
Sumay bila baca isu ni jadi viral, terus terdetik kat hati, no wonder lah sebab sumay haritu pun agak terasa bila dengar kena jadi bodoh sebab macam sia- sia je belajar and perform dalam banyak bidang. Jadi, terus approach ummi berbincang pasal ni. Ummi bagi nasihat untuk tabayyun dulu hal ini. Kalau orang yang tak dikenali tahap ilmunya, lain lah. Tapi macam kes prof muhaya ni, figura yang hebat, so cuba selidik dahulu.
Bak kata ummi, mana ada seorang ibu yang sanggup menyuruh anaknya menjadi bodoh demi mendapatkan pasangan. Even prof sendiri pun kita tahu dia ada anak perempuan yang bekerjaya, doktor juga. So macam tak serupa bikin lah kalau maksud prof tu memang kena jadi bodoh en. Maybe yang dimaksudkan oleh prof ialah sebagai perempuan dan beragama Islam kita kena meyakini bahawa lelaki merupakan pemimpin kaum wanita sepertimana yang telah dijelaskan di dalam Al- Quran Surah An- Nisa ayat ke - 34.
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar." (An-Nisa:34)
Lelaki merupakan pemimpin bagi kaum wanita. Jadi walau hebat mana pun wanita tersebut, dia still kena respect husband dia sebagai ketua, pembimbing, jangan berlagak lebih pandai, lebih bagus dan sebagainya. Tapi bukan bermakna perempuan kena akur je dengan lelaki walaupun salah. Selagi tidak bertentangan dengan syarak, maka hormatlah dia sebagai ketua.
Haritu ada tertengok video seorang lelaki ni cakap, antara faktor perempuan yang pandai, yang bekerjaya dan yang berdikari ni lambat dapat jodoh adalah disebabkan lelaki takut nak mendekati. Aku rasa pelik dengan statement ni. Disebabkan itulah Islam mengajar memilih yang sekufu supaya antara satu sama lain boleh terima seadanya pasangan mereka.
Dan buat apa nak risau. Kita kena faham jodoh ni adalah cerminan diri kita. Allah dah nyatakan dalam Al- Quran, Surah An- Nur ayat 26.
ٱلْخَبِيثَٰتُ لِلْخَبِيثِينَ وَٱلْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَٰتِ ۖ وَٱلطَّيِّبَٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَٰتِ ۚ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (An-Nur:26)
Yakinlah, lelaki yang baik akan cari perempuan yang baik. Same goes to kalau lelaki yang bijak, dia akan mencari wanita yang bijak juga. Lelaki yang suka pergi majlis taalim/ usrah, dia akan memilih wanita yang suka pergi usrah juga. Lelaki yang rajin menundukkan pandangan, dia akan mencari wanita yang selalu menjaga pandangan juga. Begitu juga dengan wanita..
Namun sebaliknya kalau lelaki tu jenis suka berfoya- foya, dia akan mencari wanita yang sukakan keseronokan juga. Lelaki yang sukakan perhubungan yang tidak halal sebelum berkahwin seperti couple, dia akan mencari wanita yang rajin melayani nya sebelum berkahwin. Begitulah lumrah kehidupan ni.
Jadi, kalau kita dah faham konsep jodoh cerminan diri, mengapa perlu risau lambat dapat jodoh, mengapa perlu nak try hard nampakkan yang diri ni lemah dan bodoh. Jadi jangan pernah merendahkan martabat dan kehormatan diri demi mendapatkan jodoh. Ni bukan sebab prof cakap kena jadi bodoh, tapi sebab sumay perhatikan zaman sekarang ni ramai wanita yang tidak pandai menjaga diri lalu memperbodohkan diri demi mendapat perhatian lelaki. Jadilah mahal sikit please, jangan nampak sangat murah tu. Orang ajak keluar lepak terus pi, orang lelaki ajak belajar sama- sama, terus pi padahal dia dah tahu tak elok duduk berdua- duaan. Pastu bagi reason lelaki tu pandai, dia boleh ajarkan.. ataupun bagi reason time ni lah time nak cari jodoh, nanti dah terlambat. Nak tahu tak the reason why sumay berusaha bersungguh- sungguh untuk menuntut ilmu is because, sumay taknak bergantung pada lelaki yang pandai. Supaya tak perlu pun nak banyak rujuk dia kalau nak compare answer or tak faham sesuatu. Ataupun sumay boleh menjadi sumber rujukan bagi perempuan2 yang lain. Yang tak faham. Kat kelas ni, bukan ada lelaki je yang pandai, perempuan pun berlambak je yang pandai walaupun course engineering, so tak perlu lah nak bagi reason2 murahan untuk melakukan perkara yang Allah larang.
Dalam urusan jodoh ni, jadilah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik. Bagi pendapat sumay, lelaki yang suka melayan banyak perempuan sebenarnya lelaki yang tak bersifat kepimpinan tapi lebih kepada sifat tidak matang. Lelaki yang matang, dia tahu apa yang dia nak usahakan, apa yang dia nak achieve dan dia tak perlu nak lakukan perkara2 murahan macam tu untuk nak dapatkan sesuatu. He knows the best way.
Perempuan pun sama, perlu ada satu prinsip dan jati diri. Tahu kehormatan diri, tahu batasan2 yang perlu dijaga. Sedarlah semakin besar, semakin besar tanggungjawab seorang yang bergelar wanita. Wanita ni pembangun generasi. Dia ibarat batu bata yang disusun rapi demi mendapatkan bangunan yang kukuh. Kalau wanita itu bijak, maka akan bijaklah generasinya. Kalau wanita itu baik, akan baiklah generasinya. Sebaliknya, kalau wanita itu rosak maka akan rosaklah generasinya. Hebatnya wanita ni sehingga Islam meletakkan syurga di bawah tapak kakinya bila dia sudah mula bergelar ibu.
Jadi, wanita jagalah kehormatan dan banyakkan menuntut ilmu. Amalkan segala ilmu yang diperoleh untuk mendidik generasi Islam yang akan datang. Kerana perkahwinan itu bukanlah semata- mata untuk mendapatkan kebahagiaan, keseronokan dan peneman hidup. Tapi bersamanya terdpaat 1001 ujian dan tanggungjawab yang perlu dilalui.
Kadang tak faham bila kawan2 perempuan duk meratapi bersedih kat Twitter, tweet "rindunya" " bilalah boleh kawen" tapi dalam masa yang sama tidak menjaga ikhtilat, sibuk chat dating sana sini perkara yang tidak perlu dan tak penting. Adalah amat perlu untuk sentiasa membetulkan niat setiap kali terdetik ada rasa nak kahwin. Adakah ianya sekadar nak mengikuti trend dan musim, atau ianya betul2 untuk mengikuti sunnah Rasulullah, menyempurnakan agama dan untuk melahirkan lebih ramai generasi Islam yang hebat. Disebabkan itulah untuk menjaga kesucian perkahwinan, Islam mengajarkan proses taaruf, kenal terlebih dahulu dengan cara yang telah digariskan. Banyakkan baca buku untuk persediaan ataupun boleh melayari channel youtube ust Felix Siauw.. cari tajuk taaruf .. haa tu jelas.
Apa- apa pun letaklah Allah nombor satu. kerana apa- apa yang berpaksikan Allah tidak pernah rugi. Kita nak kahwin sebab kita nak orang yang sama- sama menemani kita untuk menuju ke syurga bukan ke neraka. Jadi jagalah kesucian perhubungan sebelum perkahwinan supaya dapat perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan rahmah. InsyaAllah. Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment