Selasa (24/11/2020), 7.30 am Assalamualaikum dan selamat pagi. Cepat betul masa berlalu, dah nak habis da sem ni rupanya. Dan tinggal beberapa je lagi tinggal pengajian di UNITEN, semoga Allah memudahkan segalanya. Kehidupan seorang pelajar musim online ni bukanlah mudah seperti yang disangka. Especially bila mengambil projek Capstone dan FYP. Sebab terbatas untuk jumpa lecturer dan sebagainya. Kadang kita rasa kekok untuk banyak cakap or tanya melalui maya. Dan lebih selesa berjumpa secara offline. Tapi tidak mengapa, kena bertahan, sikit je lagi, ukenduit💪🏼 Dalam mengharungi hari2 di rumah bersendirian bersama ummi ayah, sy lebih banyak berfikir dan memuhasabah. Terkadangnya rasa bersyukur sangat atas rezeki yang diberikanNya. Sebab sebelum ni kalau di UNITEN sangat jarang dapat balik ke rumah. Dan peluang untuk lepak dan bergaul bersama parents pada musim universiti di samping ada komitmen bersama persatuan sangat susah nak dapat. So musim pkpb ni dapatlah peluang. Alhamdulillah....
"Diwajibkan atas kamu beperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah :216)