Skip to main content

'Akuisme' Atau Tidak..Engkau bagaimana?

Jumaat (13/11/2020), 8.15 pm





    Assalamualaikum semua para pembaca yang disayangi, harapnya semua berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan terutamanya musim Covid ni. Sebenarnya agak banyak kerja yang perlu disiapkan namun aku gigihkan juga tanganku untuk menulis disebabkan rasa macam perlu share sesuatu berkenaan 'akuisme' yang semakin membarah di kalangan kita. Bila sebut 'akuisme' ni apa yang pembaca faham? Sebenarnya 'akuisme' ni berasal dari perkataan "aku dulu", dan sifat ni adalah gabungan dengan sifat mementingkan diri, keutamaan dan kurangnya kepedulian terhadap orang lain. Terlalu sibuk dengan diri sendiri. Kalau boleh nak diri dia je yang betul, hebat dan orang macam ni sangat sukar untuk bergaul dengan masyarakat. Kerana tiada nilai yang boleh dikongsi bersama.

    Ada orang menganggap bahawa okay je semangat akuisme ni sebab kalau terlalu fikir pasal orang lain nanti boleh stress sebab orang lain selalu menghampakan kita. Aku tak menafikannya, aku pun kadang2 jarang amik 'port' apa orang buat or apa orang fikir pasal aku dan tidak terlalu fikir apa orang kata. Sebabnya banyak lagi benda yang perlu aku fikir. Tapi ni dari sudut yang berbeza taw.

    Rakan2 kena beringat, jangan terlalu tidak mengendahkan orang lain kerana kita hidup di muka bumi Allah ni bukan bersendirian tapi bermasyarakat. Terkadang kita terlalu meletakkan high expectations terhadap apa yang orang lain perlu lakukan kepada kita sebagai balasan kebaikan kita. Kita terlalu berfikir mengenai apa yang patut kita mendapat/ menerima, apa yang orang lain kena bagi kat aku, layanan seperti mana yang patut orang lain berikan. Mengikut statistik, disebabkan sifat2 ke'aku'an sebeginilah menyebabkan banyak berlaku penceraian dalam perkahwinan, pergaduhan dalam persahabatan, keretakan rumah tangga dan ketidakstabilan dalam tampuk kepimpinan. Banyak sangat perkara buruk yang bakal mendatang apabila semua sibuk memikirkan berkenaan "Apa yang sepatutnya aku dapat?" "Apa sepatutnya orang bagi?"

    Aku pernah mendengar ceramah Ustazah Hafizah Musa, dia beri contoh bahayanya bila seseorang terlalu bersikap ke'aku'an ni, dalam rumah tangga contohnya, seorang isteri mengharapkan suaminya mampu bersama- sama menguruskan hal rumah dan anak- anak namun suaminya mengendahkan sahaja. Contoh yang lain, si suami pula mengharapkan isterinya yang bekerjaya mampu melakukan sepertimana yang isteri orang lain yang suri rumah mampu lakukan namun isterinya tidak dapat memenuhinya atas faktor kesibukan. Dari sudut lain pula, si anak mengharapkan ibu ayahnya memberikannya sesuatu berharga apabila mendapat sesuatu kejayaan namun ibu ayahnya tidak mampu memberikannya. Lalu si anak pun mempersoalkan tanggungjawab ibu ayahnya sebagai parents dan mengakibatkan kederhakaan. Contoh seterusnya, berkenaan dua org sahabat baik. A ni dah terbiasa meluahkan perasaan kepada B, dan pada suatu hari B penat dan tiada masa untuk melayan A untuk meluahkan perasaannya lalu ter'bluetick' A. Lalu A pun merajuk kerana bersangka B sudah tidak mahu berkawan dengannya atau tidak mencapai expectationnya dalam persahabatan lalu hubungan mereka pun retak secara tidak sedar. Bagitulah kesan2 buruk dan contoh2 semangat akuisme yang dapat kita perhatikan.

Sahabatku,

   Sudah- sudah la dengan sikap ke'aku'an kita. Sedangkan Rasulullah s.a.w mengajar kita banyakkan memberi bukan menerima. Hanya dengan memberi kita mampu melawan sikap ego, selfish dan semangat akuisme kita. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada yang tidak sempurna kerana ianya hanya akan memakan diri. Hanya akan membuatkan kita stress dan 'overthinking'. Banyakkan bergantung diri pada Allah bukan kepada manusia. Boleh amalkan doa di bawah untuk memohon kecukupan rezeki dan doa mengelakkan pergantungan kepada manusia.

اَللّٰهُمَّ اَكْفِنِيْ بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan karuniamu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.” (HR. Ahmad)

    Akuisme ni kadang2 sangat buruk kesannya kepada prestasi organisasi, syarikat, kumpulan kecil dalam pembelajaran dan sebagainya. Hanya disebabkan seorang yang ber'akuisme' tidak memikirkan berkenaan orang lain, dan membiarkan orang lain melakukan gerak kerjanya. Menyambung pekerjaanya, mengganti tempatnya dan sebagainya. Sedarlah dalam dunia ini bukan anda seorang sahaja yang sibuk, bukan anda sahaja yang mempunyai masalah peribadi, kita semua akan sentiasa berhadapan dengan masalah namun perlu kreatiflah dalam menyelesaikan atau berhadapan dengan masalah masing2. Bagaimana ingin mendewasakan diri seandainya masalah peribadi sendiri pun tidak bisa diurus dengan baik. Kita hanya akan dapat mempelajari sesuatu atau mampu menaiki satu anak tangga dalam kehidupan sekiranya kita berani melakukan sesuatu yang baru. Elakkan memberi beribu alasan yang hampir berputar pada tempat yang sama. Alasan demi alasan yang kita bagi kadang- kadang hanya untuk menyelamatkan diri kita daripada tugasan dan tanggungjawab yang telah diberikan. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

    Sedarkah kalian Allah maha memerhati setiap apa yang kita lakukan? Lakukanlah sebaik mungkin dalam setiap pekerjaan yang telah diamanahkan. Memegang amanah ni ibarat meletakkan sebelah kaki di neraka kerana terlalu banyak perkara yang perlu dipersoal di akhirat nanti. Adakah kita sudah melakukan sehabis baik amanah dan tanggungjawab kita? Kalau ada benda yang nak kita perbaiki, perbaiki lah sekarang. Kalau ada perkara yang belum dibuat, buatlah sekarang. Jangan disebabkan kita yang tidak bergerak, menyebabkan ada seseorang yang terbeban menanggung segalanya. Jangan sibuk memberi alasan, tapi sibuklah membuat pekerjaan. Jangan hanya menjalani kehidupan sekadar mengikuti rutin harian seperti orang biasa. Hiduplah sebagai seorang manusia yang mempunyai agenda hidup.

    Jadilah kalian pemuda yang tidak bersifat keanak- anakan. Pemuda yang hebat menangkis segala cabaran dan dugaan hidup. Pemuda yang bisa menguruskan setiap aspek dalam kehidupannya. Jangan terlalu mudah rasa lemah dan terasa dengan orang lain. Berhati besarlah. Sedarilah tanggungjawab dan amanah yang sedang dipikul, ianya bukan perkara main2. Ianya sesuatu yang bakal disoal oleh Allah. Apakah kalian merasa tenang dan aman apabila tidak melakukannya? Zaman Rasulullah dahulu, pemuda yang sebaya kita ni range umur 17-25 tahun, dah mampu mengikuti Rasulullah pergi perang, dah mampu berkomunikasi dengan matang membuat perjanjian dengan musuh. Kita bagaimana? Apakah reaksi yang boleh kita berikan seandainya diamanahkan untuk memikul sebarang amanah? Adakah terus berkata,"Ya, saya sudah bersedia!" Atau masih lagi memberi- beri alasan "belum bersedia?" "mahu fokus kepada diri sendiri sahaja?" Malu kita seandainya Rasulullah saw mengetahui akan sikap ke'aku'an kita sedangkan berhempas pulas baginda berkorban ingin agama ini sampai kepada kita.. renung renungkanlah

Sabda Baginda SAW bermaksud:

"Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan."

    Ketika hayat Rasulullah saw, baginda selalu berpesan supaya pemuda perlu selalu tunjukkan sifat kematangan sesuai dengan kekuatan fizikal dan jasmani yang dia ada. Supaya dapat dibezakan dengan golongan tua. Di saat Rasulullah sudah berumur 40 tahun lah dimana terjadinya peristiwa kenabian. 40 ni dah dikira sempurna kematangan. Namun pendokong dakwah Rasulullah kebanyakannya para pemuda dan belia. Antaranya, Saidina Umar berusia 27 tahun, Saidina Othman lebih muda dari baginda, Saidina Ali yang jauh lebih muda daripada sahabat- sahabat lain. Begitu juga sahabat yang terkenal sebagai pendamping dakwah yang dibawa Baginda SAW seperti Abdullah Mas'ud, Said Zaid, Abdul Rahman Auf, Bilal dan Musab Umair yang berusia muda. 

    Harapan Islam kepada anak muda sangat tinggi. Ramai yang akui perkara ini. Ramai yang tahu dan bercakap mengenai ini, namun tidak ramai yang membuktikannya pada perbuatan dan hanya sekadar omong- omong kosong. Aku pernah membaca ada satu buku ni dan ayat- ayatnya bagiku amat mendalam dan menyentap. Ayatnya adalah seperti di bawah;

Benar dan tepat kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah, tetapi Allah lebih cinta generasi muda yang bersedekah, Allah juga mencintai mereka yang beramal, tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal. Allah mengasihi orang beribadat, tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadah.

Alangkah hebat pembalasan Allah terhadap pemuda yang beramal. Mendapat kecintaan dan keredhaan Allah itu adalah cita- cita terbesar kita sebagai seorang hamba. Jadi wahai pemuda, buanglah sikap akuisme dan cakna dengan sekeliling. Dan beramallah dengan baik dan sepenuh jiwa!

 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada

Coretan abang Umair

Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa March 22, 2009 Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su)  tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess  n9  (T_T)… Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr ko

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,