Selasa (24/11/2020), 7.30 am
Assalamualaikum dan selamat pagi. Cepat betul masa berlalu, dah nak habis da sem ni rupanya. Dan tinggal beberapa je lagi tinggal pengajian di UNITEN, semoga Allah memudahkan segalanya. Kehidupan seorang pelajar musim online ni bukanlah mudah seperti yang disangka. Especially bila mengambil projek Capstone dan FYP. Sebab terbatas untuk jumpa lecturer dan sebagainya. Kadang kita rasa kekok untuk banyak cakap or tanya melalui maya. Dan lebih selesa berjumpa secara offline. Tapi tidak mengapa, kena bertahan, sikit je lagi, ukenduit💪🏼
Dalam mengharungi hari2 di rumah bersendirian bersama ummi ayah, sy lebih banyak berfikir dan memuhasabah. Terkadangnya rasa bersyukur sangat atas rezeki yang diberikanNya. Sebab sebelum ni kalau di UNITEN sangat jarang dapat balik ke rumah. Dan peluang untuk lepak dan bergaul bersama parents pada musim universiti di samping ada komitmen bersama persatuan sangat susah nak dapat. So musim pkpb ni dapatlah peluang. Alhamdulillah.
Panjang lak intro. Sorry. Sebenarnya sy nak share serba sedikit jadual kehidupan sy musim pkpb ni di rumah. And sy rasa banyak benda yang improve dalam diri since sy mengamalkan ni. Perkara baik ni kalau baru nak buat sejujurnya memang sangat susah tapi bila dah jadikannya rutin, takde apa yang mustahil. Sebab 'alah bisa, tegal biasa'. Sekarang ni bagi sy agak banyak masa terluang berbanding sebelum ni. Sy start ikut betul2 jadual ni since masa jadual pack baru2 ni hmm dalam pertengahan bulan 10. Haa time tu tengah peak busy takleh bawa bincang. Dengan meeting, duedate hal2 pelajaran, urusan tarbiyah, amal dan sebagainya.
Okay jom saya share,
3.30 pagi - bangun, basuh muka ambil wuduk dan Qiamulail. Buatlah mengikut kemampuan masing- masing🥰 Contohnya, solat sunat tahajud, taubat, hajat, istikharah, dan diakhiri dengan witir tiga rakaat. Kalau masih bertenaga baca quran ataupon tidur sekejap. Biasanya kalau masih bertenaga, sy terus meneruskan aktiviti pagi sy seperti belajar dan buat apa yang patut.
5.50 pagi - bersiap solat subuh. Solat sunat sebelum subuh jangan lupa! hehe kalau dah bangun awal, rugi lah tak solat sunat subuh. Banyak manfaatnya. Then solat subuh berjemaah dengan ummi sebab ayah pi masjid. Lepas subuh terus sambung Al-Mathurat dengan umi
7.30 pagi - Mandi then ayah ajak breakfast luar, or beli luar or ummi masak sendiri.
8-11 pagi - buat lah apa yang patut, Mostly kelas la time ni. Ataupun buat assignment
11 pagi - Dhuha time
11.45 - 1 tgh hari - tidur sat, mata dah berat dah time ni haha tapi logik la sebab bangun awal.
1-2 petang - biasanya ada kelas Power Electronics. Kalau ada kelas, after abis kelas baru solat. Tapi kalau selain isnin, selasa, khamis, time ni solat Zohor berjemaah dengan family. Then baca Quran dua pg gitu.
2-5 petang - makan dengan family then lepas tu sambung balik kelas or anything yang berkaitan.
5 petang - Solat asar dan al mathurat petang. Baca buku sikit or tengok tv
6 petang - Exercise jog/workout
7 malam - Solat Maghrib berjemaah. Baca Quran. Baca buku
8 malam - solat Isyak dan makan malam
9- 10 malam - baca buku, study or socmed timing
10 malam - sleeping beauty
Okay selesai untuk sehari rutin. Tapi ni kadang2 berubah- ubah mengikut jadual dan komitmen. Contoh kalau ada assignment banyak, still kena stay up sikit atau kena korbankan waktu tidur lain. Begitulah, tapi seriously spend time waktu pagi ni sangat berkualiti. Sy sebelum ni merupakan seorang yang late night person. Memang kalau ada kerja tu, mata tahan stay up and tak rasa ngantuk pun. Tapi sekarang ni mata dah susah nak tahan lama, so kena lah tidur awal. Tapi yang bagusnya sy akan sentiasa bangun awal. Dan apa yang sy perasan, jadi morning person ni actually lagi best sebab dapat me time dengan Allah. Tenang je buat kerja, lagi2 bila buat kerja sambil dengar zikir Allahu Kafi tu, In love betul dengan zikir tu. Teringin nak share link video zikir favourite sis kat youtube. Jap copy link..
ALLAHUL KAFI (VIRAL SONG TIKTOK 2020) - BAZLI UNIC - YouTube
Zikir Penenang Hati - La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zalimin - YouTube
Hilangkan Stress - Zikir Penenang Hati & Mengalirkan Air Mata - YouTube
Dzikir Penenang Hati dan Pikiran yang Sedang Stress, Galau, dan Gelisah - YouTube
Zikir Tidurkan Anak Menangis (Lullaby For Babies) Piano Version - YouTube
Kadang- kadang, kita serabut dalam hidup dan kekadang rasa macam bosan je bila melalui rutin yang sama setiap hari. Sy nak bagi idea kepada korang, tukar rutin harian korang, aip tapi jangan pula tukar kepada yang lebih teruk. Berubahlah kepada yang lebih baik. Sebelum korang jalani hari esok, malam sebelum tu pastikan dah come out dengan satu jadual untuk keesokan hari tu dari awal pagi sampai malam, tulis siap2 apa yang perlu disiapkan dan apa yang korang nk achieve. Contoh yang lebih spesifik, esok tu korang target untuk exercise, nak selesaikan jogging 3 km, ataupun nak buat plank atau sit up 10 mins. Then untuk study, korang nak selesaikan berapa soalan assignment harini atau untuk project korang nak baca report atau website mana harini. Target terus lebih spesifik. InsyaAllah biasanya menjadi. For me, sy dah sediakan satu jadual khas untuk satu sem terus and ada juga yang each day. Perlu ke ek sy share, xpelah untuk korang sy share yang untuk satu sem punya. Untuk yang each day tu terlalu spesifik and privacy, tapi kalau ada yang berminat, jangan malu komen kat bawah :D
Dan sejujurnya rakan- rakan semua, kita sebagai Muslim, Allah dah susun dengan indah dah sebenarnya jadual kehidupan kita ni kalau kita ikut betul2 jadual solat kita. Ynng penting solat di awal waktu, insyaAllah korang akan rasa banyak sangat masa. Namun dalam melakukan amal kebaikan atau perkara sunat, jangan lah meninggalkan atau mengendahkan yang wajib. Wajib bukan sahaja solat fardu lima waktu, tapi juga tanggungjawab kita kepada amanah yang telah diberikan. Contohnya kalau waktu tu sepatutnya korang nk buat solat sunat dhuha, but then korang ada kena selesaikan assignment grouping korang. Selesaikanlah yang assignment tu dulu. Sungguh memudahkan kerja org tu pun satu keperluan. Jangan disebabkan kita mahu mengejar jadual rutin yang lebih baik, kita tinggalkan tanggungjawab di dunia. Kerana ianya juga bakal dipersoalkan di akhirat kelak.
InsyaAllah sama2 beramal. Apa yang baik datang daripada Allah. Dan yang buruk datangnya dari kedaifan diri saya. Okeyy Jzkk sebab spend masa untuk membaca :))
Comments
Post a Comment