Skip to main content

Sanah Helwah Ya Ummi❤️



بسم الله الرحمن الرحيم

Tepat 1 November semalam merupakan Hari Jadi Ummi saya yang ke-59. So fast time flies, tak sangka ummi bakal memasuki 60 dah. Alhamdulillah walaupun birthday ummi disambut awal tahun ni, but I am so satisfied sebab boleh tahan ramai la juga yg berkumpul time sambut birthday ummi baru2 ni; kakak, anas, muaz, zaid.. hehe special thanks to akk turun dari skudai bersama kek.. maaf by the time akk sampai, su dah tertidur haha maklumlah kehidupan student memang gini uhuks


Rasa macam baru semalam keluar dari perut ummi. hehe k gurau je..sebenarnya nak cakap rasa macam baru semalam belajar solat dengan ummi, belajar mengaji dengan ummi. How I miss that time when I was so dependent on ummi. Ummi, if only you know that you are the first person i love so much until now. Thank you for all the knowledges u gave me. Ummi mengajarkan aku terlalu banyak perkara dari pelbagai sudut aspek kehidupan dan semua itu aku perasan bila dah besar. Maklumlah sewaktu kecil terlalu banyak dipengaruhi emosi semata- mata. Sikit- sikit bila ummi naik suara sikit, terus merajuk. Mesti ummi banyak bersabar sepanjang mendidik aku. 



Tiada yang lebih aku impressed selain ummi aku. Sejak dari awal kelahiran aku, aku dididik dengan penuh kasih sayang daripada seluruh ahli keluargaku; Ummi, Ayah, kakak sulungku, Lubaina, abang- abangku, Ammar, Umair, Anas, Muaz dan Zaid. Semua ambil peranan dalam mendidik dan menjaga tarbiyah aku dari kecil; ada yang melalui direct way and ada juga yang indirect way. Dan semua itu, tak dapat dinafikan semua itu lahir daripada didikan Ummi Ayah yang sangat menekankan akhlak dan panduan Islam tu sendiri kepada anak- anak. One day bila aku sudah berkahwin, orang pertama yang akan ku rujuk ialah ummi ayah. Cara mereka mendidik kami sangat luar biasa. But yes, every parents have their own way!

Ummi dan ayah berdua merupakan graduan degree universiti di United Kingdom (UK). Dan mereka berjumpa di sana. Lepas berkahwin, setelah pulang ke tanah air, ummi ikut ayah sambung belajar di UK. Dan di saat itu, akk sulung kami lahir. Best juga la jadi akk, kalau orang tanya, kau lahir kat mana dulu?, boleh la bangga cakap UK en hahaha.. Ummi ayah masa kat UK dulu amik sama course dengan aku which is electrical engineering and aku rasa aku minat electrical ni pun sebab ummi ayah.. the genes maybe~

Aku masih ingat ummi pernah mendapat tokoh ibu terbaik di kawasan ku. Aku bangga dengan ummi dan memang selayaknya ummi dapat. Teringin sekali aku menceritakan bagaimana cara mereka mendidik kami bertujuh dari kecil. InsyaAllah satu- satu aku akan share :). 


Pertama, apa yang aku sedar ummi ayah memang sangat menitikberatkan solat berjemaah di rumah dari kecil. Aku gembira sangat waktu kecil mengikuti abang2 ku solat bersama- sama. Setiap kali lepas solat mesti aku saja bergurau nak cium tangan depa walaupun aku taw certain abang aku jenis 'geli2' sikit benda2 yang macam ni hahaha.. selepas solat berjemaah, ummi ayah akan mengadakan sesi tadarus bersama mereka, setiap org kena tasmik bacaan. selepas abang2 ku dah agak besar, mereka pula yang mengambil alih tugasan ummi ayah untuk mentasmik bacaan ku dan di tambah dengan sedikit hafazan antaranya ialah Ar-Rahman, Yassin dan surah2 pendek yang lain. Ummi ayah juga seringkali membawa kami ke masjid setiap malam. Sampai makcik2 kat masjid gemencheh tu dah recognize aku sebagai adik yang selalu tersengguk-sengguk time ceramah ahaha sambil kaki diluruskan kehadapan (ikut gaya makcik2 sangat en). Sampaikan setiap kali aku tak datang, makcik2 mesti tanya ummi ayah, mana adik yang selalu datang tu..

Di dalam kereta juga, kami tidak didedahkan dengan mendengar lagu2 biasa. Lagu2 nasyid sentiasa berkumandang. Aku x sure zaman abang2 waktu kecil siapa yang mendownloadkan nasyid untuk depa dengar. Sebab time aku kecil, abang aku lah kerja men'download' semua lagu2 nasyid tu. Aku rindu folder nasyid yang dulu2, lagu2 legend! Disebabkan itulah siapa yang mengenaliku, aku tak hafal langsung lagu2 lama like jiwang or any english music sebab memang tak pernah didedahkan. Biarpun org cakap aku ketinggalan sebab taktaw lagu 'legend; yang depa maksudkan, tapi kisah apa aku.. Aku bersyukur sangat ummi ayah abang akk perdengarkan aku lagu2 nasyid di rumah dan kereta. Aku masih teringat di suatu malam sewaktu perjalanan pulang dari menghantar abang ku dari MCKK, perjalanan yang panjang tu kadang2 aku suka baring kat kereta unser tu sambil pandang langit sambil menghayati lagu2 nasyid legend firdaus dan hijjaz berkenaan muhasabah dosa; 'fatamorgana', 'sebelum terlena' dan sebagainya. Bayangkan time kecik2 seawal umur 6 tahun cmtu aku dah start menangis mengingatkan dosa2. Aku sangat2 impressed dengan didikan ummi ayah yang membuatkan aku mampu menangis muhasabah since seawal itu.



Dari segi pemakaian, ummi ayah betul2 tegas denganku. Seawal darjah 1 ayah menitikberatkan kena tutup rambut, pakai tudung. tudung favourite aku zaman dulu2 ialah tudung kuning yg beropol-ropol tu haha sebab senang sarung. Pernah aku curi2 keluar main petang2 tak pakai tudung, ayah tunggu aku balik depan pintu rumah. Takut betul time tu sebab balik tu memang kena marah ngn ayah. Lepas tu terus taubat nak pakai tudung sebab takut ngn ayah. Tapi itulah, ketakutan itu kadang2 bagus sebab akan membuahkan kesedaran. Haa lagi satu yang paling aku ingat, ummi ayah sangat menekankan pujian untuk anak2. Contohnya, kalau ko buat satu good deed dalam sehari tu, contoh kalau aku lipat baju, basuh pinggan, belajar solat ngn ummi atau tolong abang akk.. ummi akan puji 'GOOD GIRL' kat aku. Tapi bila terfikirkan balik, aku ni memang kuat betul sifat sanguine dalam diri since kecik ahha sebab suka bila org notify kita buat sesuatu. And ummi really knows her daughter.

Bila ramai rakan2 ku berjumpa dengan ummi, mesti semua akan cakap mashaAllah lembutnya ummi sumayyah.. yess that is my ummi.. tapi ummi takde lah terlalu berlembut sebab bila aku buat salah, pernah je kena cubit, marah dan sebagainya. Tapi itulah acuan pendidikan. Bila dah besar ni, baru sedar satu2 kelebihan dan nilai dalam pendidikan ummi ayah kepada kami semua. Ummi ayah sepanjang membesarkan kami bukanlah merupakan orang yang berada. Mereka sendiri mengaku dengan kami bahawa saat kami kecil sangat terdesak kadang2 mencari duit dengan buat business di pelbagai tempat dan usahakan pelbagai perniagaan. Tapi ummi selalu cakap, sepanjang membesarkan kami, mereka letak betul2 pergantungan pada Allah dan sentiasa berdoa. Mereka juga tak pernah lokek dalam mengeluarkan wang kepada anak2. especially when it comes to pendidikan. Anak- anak pula jenis rajin belajar, x habis2 suruh beli buku baru. haha seharian boleh terus habis banyak buku. 



Ummi merupakan guru bahasa inggeris, matematik, dan sains di rumah sepanjang persekolahan rendah ku. Bila ada kerja sekolah aku selalu suruh ummi yg cek dulu grammar semua betul ke tak baru aku submit ke sekolah pada esok hari. Manalah tak dapat tinggi markah haha sebab ummi dah recheck first. Bila tengok album abang2 akak waktu kecil banyak betul gambar naik pentas ambil hadiah. Sehingga memang zaman tu orang boleh kenal anak2 Abdullah ni memang yang sellau naik pentas. Alhamdulillah disebabkan didikan ummi ayah dan juga guru, kami berjaya semua dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) semuanya. Kakak sulungku, Lubaina di TKC, abang Anas di MCKK, abang Zaid di MOZAC, dan abang Ammar, Umair, Muaz dan aku mejoriti semua di STJ hehe sebab paling dekat ngn rumah. Dan kami berjaya mencipta sejarah dan dikenali sebagai anak2 Abdullah. 

Di asrama aku jarang dapat meluangkan masa bersama ummi ayah. So rasanya x banyak cerita yang boleh aku ceritakan. yang penting aku jenis yang macam setiap malam akn call ummi masa form 1 tu.. ahhaha banyak kali cakap nak duduk rumah je, taknak duduk asrama.. tapi penguat aku time tu ialah abang aku, Muaz sebab dia tengah form 5 time aku form 1. kalau aku kena buli dia lah backup. Still ingat time form 1, aku pernah kena settle ngn akk form 4. Pastu abang aku panggil geng2 dia marah akk tu hahahahah first time aku nampak abang aku garang time tu. Mungkin ummi ayah juga telah amanahkan abang aku untuk menjaga adik dia ni. 

selepas abis form 5, aku mendapat biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dan dapat peluang lanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK). dan membuat preparation di KYUEM. What I can say this is not a suitable place for me to study sebab environment dia bagi aku tak kena dengan aku. A bit stress i think. MashaAllah, i can say this is the place where i cried the most. Still ingat sampai ummi ayah snaggup datang Lembah Beringin, Selangor yang hampir dengan Perak ni just to console me. Setiap kali depa datang, aku nangis macam apa sebab rasa stress belajar yang tak boleh nak handle. Ummi ayah kadang sanggup balik lambat just sebab nk tunggu aku reda. Semua ni berakhir dengan aku tak berjaya fly ke UK which is aku rasa aku dah hampakan ummi ayah sangat2 sebab aku tahu mereka nak sangat aku dapat pi UK sebab tu tempat mereka belajar dulu. Tapi ummi selalu ingatkan aku, ummi lebih suka aku belajar di uni tempatan berbanding oversea sebab dia sangat risau kalau aku sorang2 kat sana sepertimana aku stress kat ky. 



Alhamdulillah Allah knows better! Akhirnya YTN hantar aku di bumi UNITEN yang di sini aku pertemukan dengan orang2 yang banyak menyedarkan aku tentang nilai2 kehidupan. :) Ummi sendiri pun akui aku nampak happy sangat dan dah kembali menjadi sumayyah yang happy macam dulu. Di sinilah aku bermula berjumpa dengan tarbiyah ISMA yang dah lama aku dengar dari abang aku, Umair.. selalu adore dengan abg aku sebab join program2 dakwah secara aktif. And now it's my turn. Ummi selepas dengar aku join usrah di uniten, dia lega sangat sebab ummi sangat takut nak lepas kan aku di uni yg lelaki nya melebihi wanita. Namun dengan adanya kuasa tarbiah, smeua bisa diurus. 
Sekarang ni tahun 2020, keluarga kami semakin berkembang kepada hampir 20+ orang ahli hehe kalau campur ngn semua anak2 buah. Tinggal tiga adik beradik je yang belum berkahwin. So far dah ade 10 anak buah untuk diberikan kasih sayang secara adil haha. Dalam family aku, aku sorang je yg masih belajar dan belum bekerja, aku impressed melihat abang2 akk menghulurkan duit kepada ummi ayah dan semuanya sudah mempunyai pekerjaan yang stabil insyaAllah. Mereka sememangnya idolaku. Ummi ayah hebat didikan sehingga dapat menghasilkan anak2 hebat yg telah banyak berbakti kepada masyarakat. Antara kami bertujuh, ada 3 orang doktor and 4 engineer. Alhamdulillah. Semoga dengan semua kejayaan yang Allah beri ni, kita tidak melupakan diri dan dari mana asal kita, insyaAllah. Hal ini kerana, kejayaan ni juga sedikit sebanyak hasil dari doa ummi ayah yg sudah termakbul. Doa ibu tiada hijab. Aku menyaksikan semua ini, setiap kali anak2 ada exam atau interview, ummi lah orgnya yang bangun buat solat hajat, berdoa sehingga mengalirkan air mata dan sebagainya. She is so precious. Siapa yang berani lukakan hati ummi, memang nak kena. I am her private PA right now. :D 



If only ummi read this, 

Terima kasih ummi sentiasa menjadi penasihat utama dalam setiap aspek kehidupan su dari kecil sehingga ke hari ini. Ummi lah tempat su mengadu setiap benda dalam kehidupan. Ummi pandai memberi nasihat mengikut keperluan su waktu tu. Ummi pandai mengambil hati su di saat su mengalami apa2 kekusutan dan masalah. Ummi sangat mengetahui setiap kekurangan dan kelebihan su. Sebenarnya sehingga ke hari ini, su masih belajar bagaimana untuk lebih membahagiakan ummi. Dan selalu rasa bersalah dalam diam if su tak mampu mencapai expectation yang ummi letak untuk su. Ummi is the best qudwah untuk su. Thanks ummi for staying with me until now. Hopefully ummi tak penat untuk terus menerus memberikan nasihat kepada su walaupun su dah x berada di samping ummi lagi one day. You are the best mom for me. Semoga setiap amal yang su lakukan pada saat ini, pahala nya Allah akan mengagihkan dan mengalirkannya kepada ummi juga. Kerana kekuatan su adalah ummi. I don't know how I'm gonna live without your love. Walaupun terkadang dalam kesibukan su, ada kelihatan macam hubungan kita semakin renggang, maafkan su. Mungkin ummi pernah terasa dengan setiap perbezaan perubahan dan tingkah laku su. Maaf kan su ummi. Setiap kali lepas solat, terkadangnya su perasan mata ummi berair, tapi su tak kuat nak pandang sebab su takut akan menangis juga waktu tu, hanya mampu cium tangan salam dan memandang ke bawah. Namun kadang su tak mengerti apa yang membuatkan ummi menangis dalam diam. Mungkin ada sesuatu yang ummi fikirkan berkenaan anak2 atau masalah lain. Sekiranya ianya disebabkan su, maaf kan su ye ummi. Sejujurnya setiap kali sebelum tidur su selalu terfikir apa yang su boleh buat pada keesokan hari untuk mengambil hati ummi kembali, untuk menjadi anak yang terbaik untuk umi. Semoga balasan untuk setiap pengorbanan ummi adalah SYURGA YANG TERTINGGI. Begitu juga dengan ayah. Coz i love you both a lot.







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada

Coretan abang Umair

Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa March 22, 2009 Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su)  tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess  n9  (T_T)… Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr ko

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,