Skip to main content

Pengorbanan ibu

      Assalamualaikum harini nak bercerita tentang tajuk ibu. Pernah tak kita terfikir pasal pengorbanan ibu kita? Berapa malam tidur dia tak lena menjaga dan memikirkan masa depan kita? Berapa banyak dia skip makan semata- mata nak bagi makan kita? Macam mana agaknya kesakitan yang dialami oleh ibu ketika melahirkan kita? Berapa banyak air mata yang da dia titiskan disebabkan tingkah laku kita? Berapa banyak tingkah laku dan kata2 kesat yang dah kita hamburkan kepada dia? Pernah tak? Tak pernah kan, yang kita tahu dan nampak hanya senyuman dan tawanya sahaja.



        Teman2, jangan pernah tertipu dengan lakonan ibu yang selalu nampak macam tiada masalah je, nampak ok je. Sebab kita tak taw apa yang dia pendam disebabkan kita. Sebagai seorang anak, sepatutnya kita yang menjadi hamba kepada ibu. Ibu umpama permaisuri di dalam rumah. Namun trend sekarang apa yang aku lihat, ibu yang menjadi hamba kepada anak, setiap kemahuan anak mesti ibu akan turuti sebab nalurinya begitu, tapi kita sebagai anak? Pernah tak kita ikut kemahuan ibu? Kalau ibu suruh itu ini, kita terus buat ke tak? Atau kita lengah2 kan sampai akhirnya ibu juga yang buat semua benda.

        Kadang kita tak nampak benda ni besar, kadang kita terfikir, " Eh takpelah, ibu tau aku busy kot" memang lah ibu tak pernah bagitau kita kalau dia penat ke, dia sakit ke, kita tak taw. Tp tu common sense yg perlu ada pada seorang anak, ibu semakin hari semakin berusia, semakin tak berdaya, semakin lemah. Takut tak kalau ibu selalu merahsiakan kesakitan yg dialami, then one day dia masuk hospital then selang berapa hari terus pergi meninggalkan kita terkontang-kanting sendiri menjalani kehidupan dalam keadaan serba salah dengan ibu.

        Actually benda ni banyak kali dah terjadi, abang aku yang cerita sebab dia dokter. Banyak kali patient yang baru masuk hosp, beberapa hari lepas tu terus meninggal bukan sebab cancer ke apa, tapi sebab demam2 batuk2 biasa. Takut tak kalau benda ni terjadi pada ibu kita? Dah bersedia ke kita untuk hidup tanpa dia yang sangat menyayangi kita dan tak pernah berkira untuk menolong kita.

        Jangan pernah take for granted jasa2 ibu. Ibu bukan robot. Ibu ada perasaan macam orang biasa. Bezanya ibu tak suka tunjukkan perasaan dia kepada kita. Kita selalu ingat, "Alaa takpelah ibu mesti akan maafkan aku nanti, nanti reda la tu, tak yah risau", "ibu memang suka bebel pun, biasa la tu".

         Kalau kita seorang anak yang baik, kita tak akan berfikir sedemikian, kalau buat salah sikit sekecil zarah pun mesti minta maaf ataupun kalau malu nak zahirkan dalam perkataan, beri hadiah atau 'do quick action' macam tolong dia buat kerja rumah, spend time berborak benda2 yang boleh menggembirakan dia dan sebagainya..jangan pernah let go je. Kita tak tau macam mana terguris nya hati dia dengan perbuatan kita. Percayalah kalau kita senyum je pun dah boleh gembirakan hati dia.


 
         Ibu ni seorang yang sangat mulia, dia tak pernah harapkan lebih dari seorang anak, dia hanya nak anak berbudi bahasa dan menghormati nya sebagai seorang ibu yang dah bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita. Kadang kita selalu fikir dengan menghulurkan wang atau bank in duit tu je dah boleh settle dan gembirakan hati ibu. No, ibu bukan nak itu sebenarnya, dia nak kita luangkan masa dengan dia sementara masa berbaki ni, selagi dia masih kuat, boleh bercakap, tersenyum dan gelak seperti biasa.

       Biasanya orang lepas kahwin je terus berubah, anggap ibu tu macam orang luar je, balik rumah tak layan sangat ibu, ibu ayah tu tuan rumah tau. Have respect. Memang tak dinafikan ada antara kita dah ada kerja besar, rumah besar, kereta besar. Lagi besar daripada apa yang ibu ayah ada, tapi perjalanan hidup sebelum jadi berjaya gitu, siapa yang berkorban untuk kita? membesarkan dengan penuh kesabaran? Ibu ayah kan, kalau tanpa mereka, maybe kita tak seberjaya macam ni. Satu je nak pesan, jangan jadi 'kacang lupakan kulit' , jangan lupa asal usul. Jangan angkuh, sebab rezeki ni Allah yang punya, bukan kita, ianya sebagai ujian sebab Allah nak test macam mana perangai kita lepas dapat semua pemberian tu.. igt, kita berjaya ni pun bukan disebabkan usaha kita sahaja, tapi kerana berkat doa2 yg ibu panjatkan kepada Allah sebab nak tengok anak2 dia hidup senang dan tak susah macam dia dulu.

        Sungguh pengorbanan ibu ni dahsyat sangat. So akhir sekali, jadilah anak yang melegakan dan menyenangkan hati ibu, ibu yg dah banyak sangat berkorban tenaga, harta, masa dan sebagainya untuk kita. She is truly an amazing and incredible person. 'Tanpa ibu, siapalah kita'


"Ya Allah berilah keistimewaan pada ibuku dengan kemuliaan di sisiMu
dan kesejahteraan dalam rahmatMu.
Ya Allah jadikanlah ketaatan dan baktiku kepadanya lebih indah dimataku,
Daripada tidur dikala mengantuk,
dan lebih sejuk didadaku,
daripada meneguk air dikala dahagaku.
Ya Allah,
Jadikanlah keinginannya lebih kudahulukan,
Dari keinginanku,
keredhaannya lebih kuutamakan dari keredhaanku,
 penuhilah hatiku dengan rasa kasih,
dan berilah aku waktu selama mungkin untuk tetap menemaninya dalam pelukan cinta dan kerinduan dalam sepenuh kalbu.
Semoga ibu bahagia selalu, di dunia mahupun di alam kubur."

Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Ibrahim:41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada

Coretan abang Umair

Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa March 22, 2009 Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su)  tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess  n9  (T_T)… Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr ko

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,