Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa
March 22, 2009
Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su) tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess n9 (T_T)…Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr koleq ni sekarang dalam proses menghabiskan persediaan di UM. 3 minggu lagi final. InsyaAllah bro…strive 4 it. Semoga cita-cita doktor menjadi kenyataan. Muaz form 4 di STJ. Sekarang ketinggiannye melampau. Lagi tinggi dari abg-abgnya. adeh…. Br dapat result pmr tahun lps. Alhamdulillah dpt 8A. Adik yang sorang ni aktif mcm abg ammar. Semua sukan nak cuba. huhu….bgs la. Tapi jangan lupakn study. Seterusnya zaid yang makin meninggi gak sekarang. Adik yg berada di tingkatan 2 ini baru mengukir nama dalam chess n9. Bakal menjadi seperti abang-abangnya suatu hari nanti. Pesananku, selalu fokus dalam ape yang zaid lakukan. OK zaid? Adik yang terakhir, Sumayyah. Adik perempuan yang makin membesar. Bakal mengambil upsr hujung tahun ini. Belajar rajin2 kay. Moga besar menjadi seorang wanita solehah. Bagi abg2 su, kecantikan wanita itu bukan dr kosmetik yg diguna, bukan dr pakaian yg mempesonakn, tapi dari diri yang malu menzahirkn dirinya kerana takutkan Allah. Itu yang paling cantik. Rasulullah pun ade kate, Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehahBerjoggingDulu selalu gi jogging dengan adik-adik ni. Lepas solat subuh, siap2, tukar baju, gi jogging. Tapi xde la selalu sangat. Kalau xjadi pagi, kitorg gi petang. Round sekitar taman. Pastu kalau dengar anjing menyalak, semua takut. Termasuk diri ni. heh… Rindu plak nk gi jogging mcm dulu.
Solat JemaahKami selalu bergilir-gilir jadi imam. Dulu ayah, tapi sekarang semua dah boleh jadi. Alhamdulillah. Terpulang kpd siapa yang ada dirumah ketika itu. Sumayyah pun kdg2 nk jadi imam kepada umi. kelakar plak kalau teringat peristiwa nk solat jemaah. Kalau x ke masjid, kami akan solat jemaah satu family. Selalunya sumayyah akan siap terlebih dahulu pakai telekung. So dia akan ke sejadah imam. Budget2 nk jadi imam. Pastu adik-adik lain pun sakat la die. Aminah wadud….huhu….Anas la suka sakat su gitu. Sekarang ini mesti Su dh xbuat mcm tu. Dh makin malu la katekn. Hafalan die pun makin bagus. Last skali sy check mase balik summer hari tu, dia dh hafal Ar-Rahman. Bacaan Quran masing-masing pun dh laju. Sejuk telinga mendengar. Strive 4 dunia n akhirat ok.
Memandu KeretaKalau dulu ayah akan drive ke mana sahaja nak pergi. Tapi sekarang ayah dah ada banyak driver. Akak, abg ‘Ammar, saya sendiri dan Anas. Ingat time balik summer dlu, saya dan anas bawak kereta Viva akak ke Kangar sebab akak nk guna kereta kat sane. Jauh betul… tapi Alhamdulillah. Perjalanan selamat. Kalau mengantuk je, tukar driver. So mmg xde masalah.
Sifat dan keperibadianSetiap ahli dalam keluarga ada karaktelistik yang berbeza. Tapi jika diperincikan, seperti ade pasang-pasangnya. Ada sesetengah sifat itu sama. Kesamaan yang jelas ialah semua suka chess. Tapi kalau semue sama, x menarik la. Btul x?? Setiap seorang itu adalah pelengkap dalam keluarga. Kalau time cuti tu, walaupun x cukup sorang, rase x best je. Ade kekurangan je rase. 9 orang melengkapi satu sama lain.Bila duk jauh, baru terasa begitu indah hubungan sebuah keluarga. Begitu cantik sekiranya Biah Islamiyah diisi ke dalamnya. Terima kasih ummi dan ayah kerana didik kami jadi manusia luar biasa. Ilmu dunia akhirat tidak akan kami lupakan. Sayang ummi dan ayah. Tidak mampu langsung kami balas jasa ummi dan ayah. Walaupun harta setinggi gunung, kebaikan seluas lautan, x mampu menandingi jasa ummi dan ayah. Maafkan umair atas byk kesalahan umair buat.
Actually baru perasan blog abg Umair yang ni, bercurah- curah air mata jatuh bila teringat kenangan lama. banyak sangat memories antara kami. Jarang sangat berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara kami sebab ummi ayah memang dah tekankan sejak kecil setiap orang kena jadi support sistem antara satu sama lain, thats why kalau orang yang betul- betul kenal aku, aku ni mmg sejenis yang hati lembut dan agak sensitif bila orang tekan atau naikkan suara sikit, sebab dalam family aku, xde pun yang pernah naikkan suara and memang semua saling protect and jaga hati each other.
ni antara reply abang Ammar ( abang sulung ) kepada blog abg Umair |
Alhamdulillah ya Allah for everything. setiap kali aku ade masalah and start compare nikmat dan ujian aku dengan orang lain, mesti aku akan fikir balik, Allah dah anugerahkan aku satu nikmat yang sangat besar yang orang lain tiada, which is family, apa lagi yang x cukup, Sumayyah :')
Comments
Post a Comment