Skip to main content

Trust in Him

TRUST IN HIM FOR EVERY SINGLE THINGS


Kalaulah cinta itu kata yg harus ditulis
Nescaya dakwat pena ku habis.
Tapi untunglah cinta itu adalah jiwa
Cinta itu mempunyai bau harum
Yang tak tercium oleh hidung
Namun bisa dirasakan hati

Disebabkan baru2 ni tak taw kenapa ramai sgt kawan2 yg mengajukan aduan, persoalan dan minta pendapat pasal ni, jadi tergerak nk tulis pasai ni walaupun agak muda utk ckp pasal ni😅 acah Dr Cinta jap hehe ni kalau ummi taw mesti kena bebel😂 sebab ummi agak tegas bab2 ni sebab x nak anak dia tenggelam dalam arus percintaan sehingga berciciran cita2 dan kehidupan pun jadi huru hara nnti sebab mood tak stabil; bak kata ummi lah😁



Soal hati ini. Ada rindu yang tak mampu kita nak ungkapkan dengan kata-kata. Tapi kita mampu terjemahkan rindu itu dalam bahasa doa yang tidak di ketahui orang. Mungkin saat kita sedang mendoakan orang yang kita sayang. Dia juga tengah menyebut nama kita dalam doanya. Tanpa sedar kita dan dia saling berhubung dalam doa masing-masing. Indah kan bila kita saling mendoakan antara satu sama lain.

Bila ada dalam situasi kita keseorangan, mesti akan wujud rasa takut kehilangan orang yang kita sayang. Doa lah. Biar doa itu jadi ketenangan untuk kita. Tempat untuk kita meluahkan segala rasa yang terbuku di hati. Tak perlu pun untuk saling berhubung setiap hari kalau tak ada keperluan.

Bukan tak boleh berhubung. Tapi takut cinta yang suci itu disalut dosa akhirnya cinta yang suci itu tadi bertukar menjadi cinta yang penuh noda. Kerana yang keindahan itu datang selepas pernikahan (ikatan yang sah). Sabarlah. Kemanisan itu akan tiba bila dah tiba masanya nanti. Kita sendiri pun tak pasti si dia jodoh kita atau bukan. Cukuplah doa menjadi peneman buat kita. Doa tu saling mendekatkan walaupun kita saling berjauhan. Ibarat magnet yang tak boleh berpisah jauh.

Kalau betul rasa tu kerana Allah. Doa lah. Serahkan segalanya pada Allah. Biar kita jadi penumpang dan Allah yang memandu. Hidup ini kita perlu kepada Tuhan. Bukannya Tuhan yang perlu kepada kita.

Masa yang ada ni, fokus kepada pembaikan diri, brusaha memperbaiki diri dari segi kemahiran dan ilmu tarbiyah, yang tengah kerja, fokus kerja, yang tengah student, study rajin2, nnti bila dah tiba masanya, baru fikir, tak payah nak sibuk serabutkan fikiran fikir pasal jodoh semua alahai remaja sekarang terlalu fokuskan kepada pencarian pasangan sehingga sanggup menjadi 'fake' sepanjang perhubungan sebelum perkahwinan, dah salah tujuan dah tu👌🏼

One of my sisters once said this to me,

'Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.' 

Allah swt berfirman, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (An- Nur 26)

Itulah janji Allah swt buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti?


Trust in Him❤️

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada...

Issue "Wanita perlu Bodoh2 sikit"

 Assalamualaikum semua para pembaca yang dimuliakan Allah.  Baru2 ni rasa nya semua cakna naik satu issue daripada video tular Prof Muhaya. :') Sebenarnya sumay dah tengok video tu lama dah haha siap bagi komen kat post Prof, "Ouh, kena jadi bodoh2 ke prof ?" haha pastu ramai pulak yang like. Tapi bila kecoh pasal video tu, sumay tengok kat instagram Prof Muhaya, dah di delete da. Rasa bersalah jap. Tapi faham je apa yang dimaksudkan dengan 'bodoh2' tu. Bukanlah bermakna kena jadi bodoh kalau nak cepat dapat jodoh, tapi bodoh tu means jangan terlalu tunjuk serba boleh sgt. Sebagai seorang wanita yang agak bijak, aku mengesahkan yang kadang2 ego tu agak tinggi. Esp bila tengok ada banyak yang tak kena. Mula lah rasa rimas nk bertolak ansur dengan orang lain. Rasa cm nk control semua benda sebab dah terbiasa jadi ketua bila dicampak ke mana2 dari kecil sampai ke besar. Even orang yang baru kenal pun kadang2 tiba2 lantik diri ini jadi ketua.  Sebenarnya perempuan tak...

Ujian itu Hadiah Allah❤️

السلام عليكم سموا سلامت مالم Siang tadi Jumaat (19 June 2020 3 pm) baru dapat result utk sem lepas which is sem di mana berlakunya Pkp and online class. Alhamdulillah all A's hehe hadiah Allah. Lecturer sem ni sangat membantu, everytime I messaged mesti dapat fast reply. I wanna mention her names here coz i really love them a lot; mdm Badariah & Dr Zai. They're such a lovely and helpful teacher. Banyak sebenarnya challenge yg aku hadapi sepanjang online class ni. Susah nak fokus pun ya. Bayang kan sebab time pkp kan akk ipar ngn abg yg doktor kerja en, and tadika tutup so abang aku minta tlg aku jaga najla. Haha jaga budak kecik mana boleh belajar, mesti depa nk belajar sekali😂 Pernah satu hari time tgh class online, pastu aku duduk dalam bilik kunci pintu sebab nak fokus takut Najla kacau sebenarnya haha. Sebab time ni ade ummi sekali so aku ok je la biar dia main ngan ummi. Pastu dia duk cari mana aku then dia ketuk pintu kuat gila hahah sampai ada classmates yg tanya, ...