Skip to main content

Nikmat Allah

*yg ni sebenarnye aku dah tulis lama time bulan Ramadhan haritu tapi baru ada rasa nk publish, so yeayh, sila la baca kalau sudi :')


 Assalamualaikum semua diharapkan semua sihat-sihat sahaja, dah lama tak update sebab tak dapat mood menulis lagi😅 harini baru datang mood Alhamdulillah. Baru2 ni banyak betul rasa nikmat yg Allah kurniakan pada diri yg kerdil ni. Pernah tak korang alami dapat banyak nikmat dalam satu masa. Pemurah kan Allah, sampai kadang2 kita yg rasa malu, ibadah dan amalan kita x selari dan tak sama banyak dengan nikmat yg Allah bagi. Nak diceritakan baru2 ni aku dah berjaya unlocked beberapa achievement despite segala ujian yg datang, alhamdulillah Allah permudahkan je urusan walaupun dua hari sebelum kena balik UNITEN tu, macam2 ujian Allah bagi, mek (nenek belah ummi) yg dah lama terbaring atas katil tiba2 baru dapat berita meninggal dunia.

Lepas dapat berita tu, terus rushing balik Kelantan utk uruskan jenazah, kesian tengok ummi sepanjang hari tu sedih je, sebab ummi antara adik beradik yg ddk paling jauh dari mek sebab negeri sembilan en, mostly adik beradik ummi duduk kt KL je so agak senang la nk balik Kelantan, tapi alhamdulillah la sebelum hari kematian mek tu ummi ada tergerak hati untuk balik Kelantan lawat keadaan mek and sempat lah borak2 ngn mek walaupun mek tak boleh nk jawab pun, tp tulah sebab hembusan terakhir tu ummi tak dapat nak berada di samping mek tu yang agak sedih, siapa je anak yang tak sedih en kalau tak dapat nk ddk di samping ibu di saat waktu2 terakhir en, tapi takpelah perancangan Allah itu yang terbaik.

On the way balik kelantan tu ade singgah kt kuala lipis sebab abang aku yg doktor tu dye cakap nk ikut sekali and nk tolong drive. Haa ni pun aku respect juga abang aku sorang ni, dye kalau bab2 family ni memang nombor satu, walaupun doktor susah nak minta cuti, tp dye sedaya upaya juga minta cuti sebab nak tolong uruskan sekali.

sebelum gerak ke kelantan

Masa pi tu mmg dye la yg drive kan, aku kesian sebenarnya kat dye sebab baru habis oncall kot, tak sempat tidur lagi, then bila dah sampai kelantan, kitaorg sempat mandikan jenazah and that is my first time dpt mandikan jenazah perempuan, alhamdulillah dpt belajar, pastu terus ke perkuburan, abang aku kerja kuat gila gali tanah tu,, sampai aku perasan dia da lemah sangat sebab tak cukup tenaga and tak cukup rest, tiba2 time aku tengah sibuk baca yassiin ikut imam, aku perasan ade org sentuh bahu aku rupanya abang aku, Ya Allah time tu Allah je la yang tahu cmne perasaan aku tengok dye, dah macam lemah sangat dah, dia ckp,"su, tolong papah anas ke pondok sana boleh? anas dah nak pengsan dah ni" rasa cm nak nangis jap tengok dye..aku terus papah dia ke pondok pastu dah lama sikit dye baring pastu sambung papah ke kereta dia, tapi anas ni dah nak pengsan2 cmni pun dia still taknak berbuka, aku just sapu air je kat muka dia, hai dalam hati aku, besar betul pengorbanan abang sorang ni
lepas dah papah abang aku ke kereta

semasa di tanah perkuburan


malam tu kiteorg terus gerak balik ke kuala lipis, aku sebenarnye nk tolong drive hahaha tapi maybe abnag aku tak confident kot aku bawak honda civic dye haha, sepanjang perjalanan balik tu pun dye banyak kali tersengguk- sengguk bahaye betul dah la aku jadi co driver, aku try banyak kali dah nk borak tp seram gak, kadang2 aku borak lain, dye jawab lain :') ni kalau akk ipar aku taw ni mesti dye risau gila.

After sahur kt rumah abang aku kt lipis, terus balik uniten sebab nk join induction faci. Alhamdulillah walaupun awal- awal tu perasaan terpaksa tu lagi tinggi daripada perasaan ikhlas hahah tp lepas dah jumpa kawan- kawan and dah rasa fun tu baru terubat sikit- sikit perasaan terpaksa tu. Best gak rr join jadi faci ni. Satu program yg membuatkan kita expose dengan orang yang pelbagai and dalam masa yang sama dapat gilap soft skills. Faci2 yang ada tu pun mostly semua aku da kenal sebab tu semua faci2 aku gak time aku orientasi dulu. Dyeorg pun macam selalu support aku kalau aku ckp kt depan ke apa ke mesti dyeorg guide. Banyak gak rr kenalan baru yang aku baru dapat, ramai je faci2 tu yang aku tak kenal sebelum ni tapi lepas orentasi baru start tegur2 and rapat . Adik- adik faci pun bagus- bagus semua, aku ni pulak memang jenis yang tegur semua orang and cepat masuk air so memang senang ah nak masuk cite dia.
member faci perempuan

baju batik free ehek

geng mass B

Group B5 for lyfe

sesi pengenalan diri faci



Then lepas habis orientasi, terus fikir pasal PEMBINA pulak. Nampak tak dunia ni memang bukan tempat berehat, lepas habis satu, datang yg lain, lepas settle yg lain tu datang yang lain pula tapi one point yang best bila adik2 ni gembira je nk join program yg pembina anjurkan maybe sebab bonding yg dah terbina sepanjang orientasi kot. Alhamdulillah. Allah yang menggerakkan hati orang lain untuk menerima kita, kalau tanpa bantuan daripada Allah, tak berlaku pun semua tu, so apa yang saya nak sampaikn di sini ialah sentiasa bergantung pada Allah sebab Dia yg pegang hati orang2 lain begitu juga hati kita🌸

Sepanjang bulan Ramadhan ni memang rasa macam tenang je, semua urusan rasa tak memenatkan maybe sebab kelas tak start lagi kot😅 paling aku bersyukur dpt housemate yang bersemangat ajak pi qiam kt masjid setiap hari MashaAllah, alhamdulillah sgt Allah hadirkan insan2 mcm ni.
geng peneman pi qiam masjid ngn afie sekali tp afie pemalu sikit nk bergambar hahah

suasana pagi2 lepas balik dari masjid mashaALLAH

cite dia sebenarnya aku dapat rumah kt M2 bilik sharing tp kecik sangat, aku memang allergic sikit ruang sempit2 ni, nak solat pun kena kt luar, so aku ingat nk pilih bilik single tp dah penuh so nak taknak memang kena pindah M3 lah, tapi bilik sharing je la kot hahah sebab yang lain mahal sangat rasa membazir lak, bukan selalu ada kt bilik pun, okay so akk kt office murni tu ckp satu je bilik yang masih kosong then bila tengok balik rupanya budak2 yang aku kenal je rupanya hahah aku setuju je la pastu pindah. Alhamdulillah sangat adik2 ni semangat ajak qiam kt masjid setiap hari. Selain tu, time bulan Ramadhan ni baru- baru ni alhamdulillah aku dapat anugerah Tazu atas kejayaan result sem lepas, alhamdulillah dapat duit raya dari tabung zakat UNITEN. there is just so many things yang berlaku lately ni yang sampai aku rasa macam tak layak pulak nk dpt semua tu, huhu tu semua perancangan Allah.
dewan waktu lepas habis makan2 time penyampaian TAZU 



Allah memang Maha Penyayang, Korang percayalah cakap aku, Dia memang takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Kalau kita rasa penat sangat berhenti kejap then teruskan balik kehidupan macam biasa. InsyaAllah kesusahan yang korang terima sekarang ni adalah untuk korang belajar sesuatu daripadanya, ambil intipati daripada setiap ujian yang korang dapat, Percayalah selepas kesusahan ni pasti Allah akan hadirkan kesenangan even daripada arah yang korang tak sangka2, mashaAllah sungguh Dia maha penyayang dan pemurah kepada hambaNya tapi kita je yang lupa kanNya, pastu baru diuji sikit terus mengeluh dan berputus asa.

yakin lah semua, "Selepas hujan turun, pasti akan ada pelangi yang muncul" :')


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada

Coretan abang Umair

Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa March 22, 2009 Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su)  tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess  n9  (T_T)… Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr ko

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,