Skip to main content

Cara nak ubah hidup mengikut Islam 🌸😊

Bangkit jam 4.30 pagi,
dan lakukan ini.

1. 'DISCONNECT' DENGAN DUNIA LUAR

Ambil masa seketika,
bebaskan diri dari telefon bimbit, laptop, komputer, TV.
Jadikan masa ini kita dapat 'full connection' dengan Rabb.

Tahajud, istigfar, pejam mata, memohon dan meminta padaNya,
di saat alam sedang senyap sunyi,
gelombang fokus dan tenang sangat tinggi pada masa ini.

2. TARIK NAFAS & FOKUSKAN DIRI

Lakukan 'deep breathing' kerana ia membantu kita berada dalam keadaan 'Present Moment',
Rasakan saat ini hanya kita berdua,
kita dan Pencipta kita,
dan kita akan mendapat energi yang tinggi untuk mencipta impian dan kehidupan mendatang kerana kita ditugaskan menjadi pentadbir ( khalifah ).

3. LAKAR DAN BINA IMPIAN

Bayangkan setiap impian yang kita mahukan,
bagaimana keadaan diri yang kita mahukan,
keluarga yang kita mahukan,
kewangan yang kita mahukan,
amalan ibadah yang kita mahukan,
dan sebagainya.

4. BUAT LATIHAN ' A NEW YOU'

Bayangkan dengan teliti impian tersebut,
apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkannya.

Bayangkan keadaan diri yang sedang usaha mencapainya,
Lihat bagaimana tulang 4 kerat berusaha dengan sebegitu gigih,
rasakan titisan peluh yang mengalir,
dengarkan suara-suara orang yang memberi sokongan dan pujian di atas usaha kita.

5. LEPASKAN SEMUA CERITA LALU

Kenalpasti segala dendam,
segala benci,
segala marah,
segala duka yang pernah di lalui,
LET IT GO.
Kerana selagi ia terbelenggu,
ia akan mengikat diri kita untuk terus bergerak dan melangkah mencapai apa yang diimpi.

Serahkan kisah lalu itu pada Allah,
serahkan segala rasa yang membenam di kalbu pada Nya,
mohon digantikan dengan rasa yang lebih baik dari ini.

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” 
(Surah Ali-Imran: ayat 133-134)

Inilah yang dikatakan 'programming' baru setiap hari,
Di samping kita merasa dekatnya 'connection' kita dengan DIA saban hari.
saban waktu.

Dan lihat perubahan yang berlaku selepas 21 hari konsisten melakukannya.

Semoga kita menggapai cinta dan rahmatNya,
Semoga kita berjalan di atas muka bumi dengan penuh rasa syukur dan bahagia.

 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Source from FB


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada...

Issue "Wanita perlu Bodoh2 sikit"

 Assalamualaikum semua para pembaca yang dimuliakan Allah.  Baru2 ni rasa nya semua cakna naik satu issue daripada video tular Prof Muhaya. :') Sebenarnya sumay dah tengok video tu lama dah haha siap bagi komen kat post Prof, "Ouh, kena jadi bodoh2 ke prof ?" haha pastu ramai pulak yang like. Tapi bila kecoh pasal video tu, sumay tengok kat instagram Prof Muhaya, dah di delete da. Rasa bersalah jap. Tapi faham je apa yang dimaksudkan dengan 'bodoh2' tu. Bukanlah bermakna kena jadi bodoh kalau nak cepat dapat jodoh, tapi bodoh tu means jangan terlalu tunjuk serba boleh sgt. Sebagai seorang wanita yang agak bijak, aku mengesahkan yang kadang2 ego tu agak tinggi. Esp bila tengok ada banyak yang tak kena. Mula lah rasa rimas nk bertolak ansur dengan orang lain. Rasa cm nk control semua benda sebab dah terbiasa jadi ketua bila dicampak ke mana2 dari kecil sampai ke besar. Even orang yang baru kenal pun kadang2 tiba2 lantik diri ini jadi ketua.  Sebenarnya perempuan tak...

Ujian itu Hadiah Allah❤️

السلام عليكم سموا سلامت مالم Siang tadi Jumaat (19 June 2020 3 pm) baru dapat result utk sem lepas which is sem di mana berlakunya Pkp and online class. Alhamdulillah all A's hehe hadiah Allah. Lecturer sem ni sangat membantu, everytime I messaged mesti dapat fast reply. I wanna mention her names here coz i really love them a lot; mdm Badariah & Dr Zai. They're such a lovely and helpful teacher. Banyak sebenarnya challenge yg aku hadapi sepanjang online class ni. Susah nak fokus pun ya. Bayang kan sebab time pkp kan akk ipar ngn abg yg doktor kerja en, and tadika tutup so abang aku minta tlg aku jaga najla. Haha jaga budak kecik mana boleh belajar, mesti depa nk belajar sekali😂 Pernah satu hari time tgh class online, pastu aku duduk dalam bilik kunci pintu sebab nak fokus takut Najla kacau sebenarnya haha. Sebab time ni ade ummi sekali so aku ok je la biar dia main ngan ummi. Pastu dia duk cari mana aku then dia ketuk pintu kuat gila hahah sampai ada classmates yg tanya, ...