Skip to main content

Kuatlah untuk seketika


Siapa tahu. Gadis itu yang sentiasa tersenyum riang di khalayak ramai. Suka dan gembira dihadapan rakannya. Namun, kadangkala dia menangis ketika bersendirian. Kelihatan sentiasa bersemangat. Namun. Hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan sangat kuat. Namun, hakikatnya dia lemah dan hanya memberikan senyuman palsu untuk menceriakan dirinya. 

Siapa tahu, gadis itu yang sentiasa mempunyai masalahnya sendiri. Namun, dalam masa yang sama dia masih boleh menyelesaikan masalah orang lain. Sedangkan gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar yang belum diselesaikan. Gadis itu juga sentiasa meyakinkan orang lain. Hakikatnya dia yang sedang mencari keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri. 

Gadis itu sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sering sakit. Sentiasa menjaga hati manusia lain walau hakikatnya dia sering memendam rasa.

Sering gadis itu mengadu masalahnya pada Sang Pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan gadis itu menangis tanpa sedar. Gadis itu memerlukan insan untuk mengadu. Tetapi aduan itu disalah ertikan. Lalu, gadis itu terus menyimpan perasaan itu sehingga dipendam di dalam dasar hatinya sendiri.

Siapa sahaja yang mahu mendengar masalah gadis itu? Tiada siapa hanya Allah yang setia mendengar rintihan gadis itu. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Teruskan. Bertabahlah. Pasti ada manisnya dikemudian waktu. 🌸



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada...

Issue "Wanita perlu Bodoh2 sikit"

 Assalamualaikum semua para pembaca yang dimuliakan Allah.  Baru2 ni rasa nya semua cakna naik satu issue daripada video tular Prof Muhaya. :') Sebenarnya sumay dah tengok video tu lama dah haha siap bagi komen kat post Prof, "Ouh, kena jadi bodoh2 ke prof ?" haha pastu ramai pulak yang like. Tapi bila kecoh pasal video tu, sumay tengok kat instagram Prof Muhaya, dah di delete da. Rasa bersalah jap. Tapi faham je apa yang dimaksudkan dengan 'bodoh2' tu. Bukanlah bermakna kena jadi bodoh kalau nak cepat dapat jodoh, tapi bodoh tu means jangan terlalu tunjuk serba boleh sgt. Sebagai seorang wanita yang agak bijak, aku mengesahkan yang kadang2 ego tu agak tinggi. Esp bila tengok ada banyak yang tak kena. Mula lah rasa rimas nk bertolak ansur dengan orang lain. Rasa cm nk control semua benda sebab dah terbiasa jadi ketua bila dicampak ke mana2 dari kecil sampai ke besar. Even orang yang baru kenal pun kadang2 tiba2 lantik diri ini jadi ketua.  Sebenarnya perempuan tak...

Ujian itu Hadiah Allah❤️

السلام عليكم سموا سلامت مالم Siang tadi Jumaat (19 June 2020 3 pm) baru dapat result utk sem lepas which is sem di mana berlakunya Pkp and online class. Alhamdulillah all A's hehe hadiah Allah. Lecturer sem ni sangat membantu, everytime I messaged mesti dapat fast reply. I wanna mention her names here coz i really love them a lot; mdm Badariah & Dr Zai. They're such a lovely and helpful teacher. Banyak sebenarnya challenge yg aku hadapi sepanjang online class ni. Susah nak fokus pun ya. Bayang kan sebab time pkp kan akk ipar ngn abg yg doktor kerja en, and tadika tutup so abang aku minta tlg aku jaga najla. Haha jaga budak kecik mana boleh belajar, mesti depa nk belajar sekali😂 Pernah satu hari time tgh class online, pastu aku duduk dalam bilik kunci pintu sebab nak fokus takut Najla kacau sebenarnya haha. Sebab time ni ade ummi sekali so aku ok je la biar dia main ngan ummi. Pastu dia duk cari mana aku then dia ketuk pintu kuat gila hahah sampai ada classmates yg tanya, ...