Assalamualaikum setelah lama memendam hasrat dan postpone beberapa hari. Akhirnya dapat juga mood untuk menulis pada hari akhir cuti Deepavali ni. Alhamdulillah so far, ni cuti yang paling produktif sekali sebab dapat berjumpa dengan hampir semua ahli keluarga and dpt buat banyak aktiviti bersama. Almaklumlah bila keluarga dah besar and kerja pun busy semua, memang agak susah untuk berkumpul semua ada, haha taknak complain pasal abang kakak tak balik sebab busy kerja sebab bagi aku bila dah kerja ni mmg susah utk susun cuti, aku yang masih belajar ni memang lah senang nk balik cuba kalau dah start kerja and bekeluarga nanti, mesti akan mengalami benda yang sama. tapi aku respect abang akk aku yang selalu gilir- gilir balik, maknanya ummi ayah takkan tinggal berdua je la kalau kat rumah ni, mesti akan ada adik- beradik yang teman.
Baru- baru ni, 26 okt kami satu keluarga pi Bukit Tinggi, Pahang. Mula2 yang bagi idea ni abang aku, Zaid dia ajak sebab ada kawan dia buka restoren Kopi Ladang kt sana. Pastu dia nak ajak aku pi theme park kat Genting Highland. Then kitaorg macam nak ajak ummi ayah sekali walaupun dah tahu mesti ummi ayah susah nak minta cuti sebab kedai umrah dan dobi kt Gemencheh ni dah macam 24 hours. Setiap masa kena ada kt kedai. Tapi last2 Zaid ni yang pujuk ummi ayah untuk ikut sekali. Tapi tak ajak pi Genting lah, tapi pi Bukit Tinggi, Bukit Tinggi ni pun bukan main lawa gak, macam luar negara bentuk bangunan dia. Ummi semangat betul siap masak pagi2 sebelum gerak, goreng bekalan fries, nughet, tempura and makanan berlauk (ayam sambal) best nyaaaa.. tapi kami tak tidur sana pun, lepas habis bergambar, makan semua kami terus balik.
Pastu the next day pula, abang aku yang kedua balik rumah satu keluarga, Abang Umair, dengan isteri kak nad, anak2 depa musab, mawaddah dan durrah. Alhamdulillah budak dua orang yang Musab dan mawaddah ni memang penceria suasana sikit. kalau dyeorg dah balik ni jangan harap lah rumah nk senyap haahha dia makan dan pergi toilet pun dah bising, apalagi time main2 and berborak en.
Harini seharian jadi babysitter Najla, anak sulung abang ketiga aku, Anas. Najla ni antara anak buah yang paling susah aku nak masuk, hahaha tak taw kenapa, maybe sebab aku suka kacau dia kot :') memang hobi seorang maksu memang macam ni,, Tapi tadi satu achievement gak la dapat jaga dia dengan baik, dapat mandikan, suap makan, bawak jalan belanja ais krim, bagi mandi kolam, ajak dia exercise dan ketip kuku dia,, waa bila dah list2 ni banyak pulak rasanya aku buat ngn dia tadi. Produktif gila kot, mesti dia bersyukur and happy ada maksu happening macam ni en haha. Seronok taw layan budak2 ni, hilang masalah2 di kepala sebab depa ni banyak sikit karenahnya terutama Si Najla ni, banyak betul bebelan dia, layan cerita dia je dah berjela- jela. Tapi tadi ada juga part2 dia menangis terutama bila nak tidur and terpikir kat ibu ayah dia. Aku dahlah jenis hati tisu cepat sikit tersentuh lebih2 lagi bila dengar budak2 menangis sedih, aku pulak yang macam nak menangis, dia yang menangis mata aku yang berair nanti, hahaha adeh,, Abang dan kakak ipar aku dua2 doktor and mereka baru dapat pindah ke negeri sembilan daripada kuala lipis. Tu yang dyeorg minta jaga Najla harini sebab nk daftar kerja. Aku happy betul dah ramai adik beradik berkumpul kat area n9 ngn KL ni, dekat sikit ngn aku hahah, ni asik loner je kt UNITEN, sekali sekala best gak kalau ada adik beradik yang lawat belanja makan ni :p
Sepanjang cuti ni aku duk sibuk siapkan banyak benda, proposal program lah, resume intern lah dan macam2 lagi, tapi tu pun jadi cepat sebab adanya bantuan dari abang2, aku tgh sibuk buat resume tu, then Umair cakap, "su nak intern kat Petronas tak (promote company dia la tu hahaha)" aku apa lagi okay jela en, pastu dia terus cakap dia boleh susunkan hehe alhamdulillah senang gak cable ade di mana2 ni, tapi satu je la dia ckp, electrical engineer kt petronas xde lah nampak hero mana, kalau meeting pun character semua senyap je yang electrical ni sebab tak banyak masalah sgt, depa jaga bahagian lampu, bak kata abang aku, abang aku ni engineer bahagian instrument, memang hardcore lah utk petronas course dia ni, antara orang2 penting gak la, tapi apa aku kisah, asalkan dapat intern juga and gaji intern petronas pun bukan main gaks, so no prob la, tgh tunggu UNITEN approved resume jeni, then terus nk minta tlg dia tengok2 kan resume. Semoga dipermudahkan lah ameen, pening gak fikir pasal intern ni sebenarnya.
esok ada kelas kul 1pm. and sebelum tu nak teman abang aku tengok2 rumah dye kt senawang tu, tempat baru nk pindah. semoga dipermudahkan segala urusan Ameen.
Alhamdulillah for everything..
Comments
Post a Comment