Skip to main content

Rutin Harian

Assalamualaikum Salam 12 Ramadan semua. Musim2 pkp ni rajin pulak tangan ni menulis ek😂 okay so harini aku nak share sikit pasal rutin harian aku musim pkp ni dari pagi sehinggalah malam ya. Tapi agak ade perubahan pada rutin aku sebab sekarang tengah kat rumah abang sebab jaga anak buah so rutin pun berubah la en😅


5.00 am - bangun sahur ( cuci mata gosok gigi dan terus amik wuduk)

5.20 am - lepas makan, berkumur-kumur dan buat solat2 sunat usually i did solat tahajud, taubat, hajat dan witir (3 rakaat) *pastikan sebelum buat solat sunat, sediakan botol air kt tepi supaya setiap kali sebelum bangun untuk next solat boleh minum air sementara menunggu abis waktu sahur hehe



5.53 am - masuk waktu Subuh ( terus solat sunat qabliyah Subuh)

6 am - solat berjemaah Subuh

6.30 am - tadarus with family ( did this masa kat rumah sebelum pi rumah abang and i am so proud of my father sebab initiate benda ni)



*tapi kalau kat rumah abg aku, aku biasanya akn baca gak Alquran atau pun kalau tak aku akan bukak phone tengok kuliah ustaz mana2 antaranya ustaz dusuki, ustaz omar sulaiman, ustaz norman ali khan, yasmin mogahed, pu man, dan sebagainya. 

7.30 am - haa ni biasenya aku tengah layan najla sebab time ni abang ngn akk ipar aku tgh start enjin nk pi hosp so kena la layan najla sat hahah paling mencabar kalau dia nangis, tapi da lama2 ni dia dah tk nangis dah haha more to ajak main je 

8.00 am - ada group tadarus online with my groupmate; kak sarimah dan adirah



9.00 am - playing with Najla 

10.30 am - solat sunat Dhuha + mengaji 4 page


11.30 am- ajak Najla makan/mandi/tukar pampers or kalau parents najla ade kat rumah or najla tgh tidur, aku akan qailullah ( tidur sebelum Zohor)

12 pm- usually ade kelas online ( kalau takde biasenya aku tengah qailullah) 

2 pm- solat Zohor ( sebab biasenya kelas habis lambat) lepas solat, mengaji 4 page then baca buku sirah.



2.45 pm - play with Najla atau kalau dye tidur, aku tulis blog atau bukak kuliah2 atau tidur sebelah najla (tapi kalau kat rumah aku ngn ummi sekarang tengah cuba resepi baru hehe)

4.30 pm- solat Asar then baca quran 4 page 

5.00 pm- usually ada kelas ( tapi kalau takde, and kat rumah aku akan prepare juadah berbuka ngn ummi)

7.00 pm - prepare untuk beribadah malam. Mandi semua

7.16 pm- berbuka puasa 

7.40 pm- solat Maghrib berjemaah then baca quran 8 page ( jadi lengkaplah 20 page which is 1 juzuk sehari.. so harini aku dah lengkap 13 jzuk) pastu sementara menunggu abang aku panggil solat, kdg2 aku sempat gak baca buku sirah


9.00 pm- solat isyak berjemaah + solat terawih jemaah

9.45 pm- moreh 

10.15 pm- masuk bilik ( study/ contact kawan2/ meeting/ tengok kuliah/ tulis blog/ baca buku sirah) atau kadang2 kalau abang aku cuti, aku layan cerita ngn dia .. hmm kalau kat rumah biasenye aku spend time ngn family ah time ni. Borak2 ngn ummi atau tgk tv ngn dyeorg ataupun vid call with whole family through watsap



12 am- tidur 😴😴


Okayy so rutin ni berulang ulang hahah sampai aku dah boleh hafal dah sebab hari ke hari mmg takde perbezaan sgt pun. Lagi2 musim pkp ni, memang duk ulang benda yg sama je la😂 Okayy tu je nak kongsi untuk harini. Semoga bermanfaat bagi yg masih sedang menyusun jadual walaupun aku taw takde la perfect sgt jadual aku pun😅🤭

Alrite Assalamualaikum 🙋🏻‍♀️
















Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman di CCRC Dengkil (Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah)

QUFAL (Quran For All) & PASKAL (Projek aku Santuni Kalian) Semalam, 19 oktober 2019 hari Sabtu, Pembina Uniten bersama Pembina Bangi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Projek Aku Santuni Kalian (PASKAL) di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dengkil (CCRC Dengkil) Alhamdulillah for the opportunity💫 mula2 masa nk pergi tu bercampur baur perasaan, ada rasa takut, rasa nk balik semula pun ada sebab takut tak boleh handle masa aktiviti kumpulan, dah la sorang2 perempuan dlm group. Bila dah smpi, first kami buat aktiviti berkumpulan main game, haa time tu baru tahu gelagat masing2 semua bersemangat utk cipta bangunan masing2 supaya kukuh, tapi selepas goncangan dari faci, roboh juga.. game ni dibuat sebab nk relatekn dengan surah Al Zalzalah berkenaan hari qiamat, tu baru goncangan manusia, belum lagi goncangan Allah time hari qiamat nnti😢. Selepas tu ada sesi tasmik al quran, masyaAllah ramai yg lancar baca siap ada

Coretan abang Umair

Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa March 22, 2009 Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su)  tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess  n9  (T_T)… Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr ko

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,