Thurs, 18 Jun / 12.09 AM
*sambil dengar lagu [Sebelum Terlena- Hijjaz] [Jalan Keluar- Rabithah]
Tadi kat instagram aku ter come across beberapa video ceramah yg membuatkan aku tersentak seketika, ada beberapa persoalan dan kejian2 yg aku hamburkan kepada diri aku sendiri. "Ya Allah banyaknya dosa aku" "Ya Allah kenapa aku selfish sgt? kenapa aku sombong? Kenapa aku boleh terjatuh dalam dosa silamku?" Tanpa sempat menahan air mata, aku perasan pipi aku sudah basah. Kecewa kadang2 asik buat kesalahan yang sama. Aku asik terpikir- pikir ayat ustaz tadi, "walau banyak mana pun kebaikan yg kita buat sebelum ni; tolong ibubapa, sedeqah, buat dakwah, bagi org makan dan sebagainya tapi hanya satu dosa yg kita asik buat, amalan semua tu boleh hilang begitu sahaja..sia2 je usaha kau selama ni hanya disebabkan kau selalu terjatuh dalam dosa yg sama tersebut"
Benda paling takut dalam hidup ni bila kau rasa kau dah baik, dah alim, dah paling dekat dengan Allah, sampai kau buat dosa pun, kau rasa yakin Allah akan maafkan. And kehidupan kau Allah make it easy je. Sehingga membuatkan kau sombong dengan apa yg kau miliki. Dalam kau tak sedar rupanya Allah sedang menguji iman kau sebenarnya. Rupanya kesenangan yg Allah beri tu rupanya istidraj which kesenangan yg membuatkan kau lebih jauh dari Allah. Maafkan aku, Ya Allah hambaMu ini terleka dengan nikmat yg kau beri. Kerdilnya aku tenggelam dengan setiap nikmat kurniaanMu.
Jujur aku cakap, dalam hidup ni aku tak kisah berapa org pun yg nak tinggalkan aku tapi satu je aku paling takut dan seram kalau Allah yg menjauhi aku. Sebab Allah adalah yg pertama aku cinta dari kecil. Masih segar di ingatan waktu lima tahun aku pernah nangis sorang2 sebelum tidur sebab rindukan Allah. Bila aku teringat balik peristiwa tu, aku yg dah berumur 23 tahun ni malu sgt dengan diriku sewaktu berumur 5 tahun. Maafkan aku ya Allah aku terleka😢 kering mata ini, sombongnya diri ini, sibuk mengira nikmatMu, sibuk mempersoalkan ciptaanMu, sibuk melayan hawa nafsuku ingin bersenang lenang. Ya Allah jangan pernah Engkau tinggalkan aku😭. Aku takkan pernah bahagia tanpa Engkau
Ya Allah terkadang aku rindukan ujian dariMu yg boleh membuatkan aku menjadi lebih rapat denganMu. Ya Allah apalah perasaanMu ketika melihat aku berbuat perkara yg Engkau murkai😔 aku kecewa kadang2. Tapi Ya Allah aku bersyukur Engkau seringkali hadirkan orang yg baik2 disekelilingku yg menegurku, yg memberitahu kesilapanku, yg mengajak aku kearah kebaikan.
Aku bersyukur ya Allah Engkau hadirkan keluarga yg telah banyak membentuk aku. Parents seperti ummi ayah yg sentiasa memastikan anak2 nya menjaga solat dan amalan2 wajib membuatkan aku lebih bersyukur. Setiap kali tepat masuk waktu solat, ummi ayah lah yg mengetuk setiap pintu bilik anak2 utk solat berjemaah bersama- sama dan itulah kunci kebahagian. Terima kasih Allah kerana telah memberi hadiah yg sangat bermakna dalam hidup aku which is ummi ayah dan adik- beradikku sendiri.
Namun kadang2 aku tergelincir Ya Allah dengan dosa silamku yg Engkau sahaja yg tahu. Maafkan aku kerana terleka. Kerana ingin bersenang lenang dalam hidup. Musim pkp ni somehow membuatkan aku lelah and sometimes negative thoughts selalu serang kepala aku😣 I've try utk lawan these thoughts but they keep on coming.. dulu pun selalu je rasa macam ni; down and lesu tak bersemangat but akhwat kalau perasan aku dah macam ni, mesti ade yg terus lawat aku and spend a night dekat bilik aku, bagi moral support, bg positive words atau ajak keluar makan atau jalan2.
Honestly, dakwah memang bergerak secara berkumpulan sebab dari situlah kau dapat kekuatan bila tengok ada org yg sanggup berkorban lebih dari kau and boleh buat lebih dari kau. Mesti kau akan rasa berdosa kalau kau goyang kaki and bersenang lenang buat dakwah. Aku rindukan akhwat. Perhubungan jarak jauh is not easy. Because I'm not the one yang melayan sangat message2 ni maybe sebab kita tak jumpa depan2. Sebab aku jenis yg visual or extrovert so aku lebih suka pada pergaulan depan mata instead of messaging.
"Atau adakah ini hanyalah alasan semata- mata?"
Aritu aku ada dengar ceramah dari Tazkirah Malam Jumaat, masa tu depa tengah mengupas tajuk 'perang uhud'. Ada Ustaz Zul ngn Ustazah Norhafizah as panel jemputan penceramah. Aku tersentak bila dengar Ustaz Zul cakap,
"Musuh dalam jihad peperangan adalah bila timbulnya perasaan ingin cepat habiskan peperangan. Dan tidak mahu berpenat lelah dalam berjuang lama-lama. Ingin cepat habiskan dan tidak buat sehabis baik kerana ingin cepat berehat. Adakalanya sifat-sifat tidak ikhlas inilah yang menjadikan perang semakin panjang dan lama"
Aku tersentap dengar ni sebab adakalanya aku persoalkan juga, sampai bila lah perjuangan dakwah ni sebab kadang2 ianya ibarat jalan yg tiada putusnya. Kadang2 masalah yg timbul pun masalah yang sama. Perasaan penat tu timbul bila asik melakukan perkara yang sama. Tapi kadang2 Allah uji dengan sedikit dugaan yg agak berbeza- beza. Tapi bila kalau baca sirah, aku malu dengan diri aku yg selalu mempersoalkan dan mengeluh bila ujian yg kecil datang sedangkan Rasulullah dan para sahabat dulu2 lagi teruk diuji.
Sampai ada satu masa tu, Rasulullah dibaling batu kerana sampaikan dakwah sehinggakan darah penuh dalam kasut baginda sampai baginda berjalan tu berbunyi-bunyi mcm kasut tgh basah. Tapi baginda sabar and keep on salah kan diri sendiri kerana mungkin tak betul2 sampai dakwah baginda kepada mereka padahal mereka yg ingkar dengan seruan Nabi. Sampai para sahabat pernah bertanya kepada nabi, "ya rasulullah kenapa engkau tidak melaknat sahaja org2 itu" sebab kalau kita fikir en dari segi org biasa punya pemikiran, memang org kafir tu yg salah en sebab depa ego taknak ikut seruan Rasululllah. Tapi jawapan Rasulullah dengan tenangnya."aku tidak diutus tuhanku untuk melaknat umatku tapi untuk menympaikan apa yg telah diturunkan padaku oleh tuhanku kepada umatku" MashaAllah Rasulullah, kesabaranmu tiada bandingan.
Maafkan aku ya Rasulullah seandainya aku cepat lelah dan tidak bersemangat. Maafkan aku seandainya aku tidak betul2 ikhlas melakukan dakwah seperti engkau. Maafkan aku seandainya aku masih mengharapkan pujian dan balasan baik dari manusia dalam melakukan kegiatan dakwah ini. Malu aku ya Rasulullah😢 Seandainya engkau ada dihadapanku, ada beberapa keluhan yg aku ingin sampaikan dan aku teringin utk mendengar kata2 semangat dari engkau ya Rasulullah 🥺
Ya Allah, apa pun yg bakal berlaku di masa depanku nanti aku serahkan semuanya kepadaMu. Bantui aku dalam menjaga imanku. Aku manusia lemah yang imannya turun naik, hati berbolak balik. Tetapkan pendirianku ya Allah, Yakinkanlah aku bahawa kunci kebahagian hidup ini hanyalah bila aku dekat dengan Mu, bila aku hanya mengharapkan kasih belas dari Engkau sahaja. Tetapkan aku di jalan Mu yang lurus. Dekati aku dengan orang2 yang beriman. Izinkan aku supaya aku sentiasa di kelilingi oleh biah yang soleh solehah yang bisa mendekatkan aku kepada Mu selalu. Yang hatinya berpaut pada cintaMu semata-mata. Izinkan aku untuk sentiasa dapat merasai kelazatan beribadah kepadMu dan berilah aku kemanisan iman. Basahi lidahku dengan zikrullah, sibukkan aku dengan dakwah sehinggakan aku tiada masa untuk melakukan kemungkaran. Ya Allah wujudkan rasa benci sebenci- bencinya dalam hati ini kepada kemungkaran hingga aku jijik untuk melakukannya, Izinkan aku dapat menghayati kisah2 Rasulullah dan para sahabat dan dapat meneladani pengorbanan mereka dan dapat menyambung usaha2 mereka sebelum ini Ya Allah. Hanya satu yg aku harapkan, izinkan aku untuk mengakhirkan kehidupanku di dunia ini dengan kebaikan dan izinkan aku sentiasa dekat dengan Engkau dan Al-Quran hingga ke akhir hayatku. Aku cinta Engkau, Ya Allah❤️
Kadang menggeletar
Ku bersabar menahan
Hatiku berdebar tersiksa andai ketagih
Dengan dosa...
Cuba kau bayangkan
Betapa sakit hatiku ini
Menangis merintih
Ku mahu bebas tenang dan bahgia
Namun diriku seolah terpenjara (terpenjara)
Hingga kini ku
Masih mencari jalan keluar ku buntu
Hampirku putus asa darimu
Namun apa guna andaiku
Hanya mengeluh
Kerna ku sedari
Tuhan takkan pernah menzalimiku
Hanya ku yang menzalimi diriku
Comments
Post a Comment