Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada
keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada
dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat.
Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih
aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif
dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat
vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan
dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even
ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak.
Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan
kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke
atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah
je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan,
ornag yang sudah terbiasa melakukan aktiviti luar untuk melupakan masalah yang
dihadapi, orang yang sudah biasa ingin berjumpa dengan rakannya hanya kerana
ingin mengadu dan memeluk kawannya, tidak dapat melakukan semua ini secara biasa,
lalu dia hanya memendam rasa dan perasaannya. Kekadang kita terlepas pandang
semua ini dan menganggap orang2 ini lemah dan tidak mampu mengawal emosi dengan
baik. Shhhh… lebih baik diam daripada melontarkan sesuatu ucapan yang buruk. Kerana
kita tidak berada di posisi orang tersebut. Sungguh berlawan atau menjaga
kesihatan mental sendiri merupakan
sesuatu yang lebih sukar daripada menjaga kesihatan fizikal.
Tapi nak dikatakan di sini, setiap orang ada perjuangan masing2
musim covid ni. Ada yang pendapatan tak stabil dan tidak dapat meneruskan
perniagaan seperti biasa, ada yang berjuang promote menjual apa2 sahaja demi
mendapat pendapatan. Ada yang sanggup melakukan apa2 sahaja pekerjaan untuk
sesuap nasi. Ada satu berita tu, respect betul tengok, dia sanggup kutip sampah
orang dari rumah ke rumah untuk mendapat secebis pendapatan. Tu effort yang
sangat tiada tolak bandingnya. Jadi kalau korang mempunyai kewangan yang stabil
sekarang ni, at least keluarkanlah bentuan atau pertolongan kepada yang
memerlukan. Jangan berkira, saling berkongsi rezeki apa salahnya en.
Sebenarnya harini macam takde point sangat pun nak cakap, saje nak
update blog je sebab dah lama betul rasanya tak update. Last update bulan februari
kot. Sedar tak sedar tiba2 dah jun, masyaAllah. Memang sangat cepat masa. And yang
aku perasan ramai betul yang naik pelamin tahun 2021 ni haha lagi2 musim pkp en.
Alhamdulillah rezeki masing2 haha and murah belanja. Haritu duk update kat ummi
ayah pasal kawan2 dah ramai kawin. Ayah be like, “anak ayah ni bila pula”..
ermm abang ade dua lagi yang belum haha bahaye ni langkau lagipun kena tunggu
stabil kerja dulu sebelum any tanggungjawab yang lain datang. Banyak perkara dan
tanggungjawab yang perlu dipikul bila dah start berumah tangga ni. Bak kata
aiman azlan, salah betul kalau orang duk beranggapan kahwin tu hanya sesuatu
yang bergembira dan bahagia sahaja. Sebab bersamanya datang pelbagai ujian dan amanah
yang sangat besar. So better kalau dah stabil betul2 baru masuk medan ni. Ni bukan
perlumbaan pun. Jangan tengok sangat media sosial orang tu kahwin orang ni
kahwin, nanti kita pun rasa nak kahwin juga, padahal banyak lagi perkara yang
perlu disiapkan. InsyaAllah.
Siang tadi baru balik dari klinik sebab ada temu janji ngan doctor
pasal kesihatan. Sedih lak tak boleh nak minta abang je yang check sebab dia
tengah busy rawat pesakit covid kat hosp. Semoga Allah permudahkanlah urusan
semua frontliner kita yang tengah berhempas pulas buat tugasan. Memang tak
dinafikan, banyak sangat bakti doktor2 ni. Sibuk memikirkan pesakit2 dan
keluarga pesakit. Sampai orang terlupa, mereka pun ada keluarga yang perlu
dijaga juga. Aku sangat suka dan bersyukur di saat Allah beri penyakit kat aku.
Sebabnya kadang2 dengan kehadiran penyakit nilah kita akan lebih dekat dan
mengingatiNya. Allah uji kita sebab sayang, sebab nak kita kembali kepada Dia. Time
sakit nilah akn betul2 sedar yang boleh menyembuhkan kita hanya Allah sahaja. Justeru
itu kita akan betul2 memohon dan merayu simpati daripadaNya untuk sembuhkan
kita. Kerana tiada yang dapat menyembuhkan selain Dia. Alhamdulillah, antara
ramai orang harini, Allah pilih aku untuk diuji dengan kesakitan. Untuk semakin
dekat dengan Nya.
Zaman sekarang ni boleh terasa sangat dah sampai ke penghujung. Tengoklah
bagaimana orang kafir atau orang yahudi menguasai dunia. Dan banyak lagi negara
yang menyiksa dan menyakiti orang Muslim hanya kerana menjadi Islam. Kadang rasa
macam like seriously berlaku macam tu dekat luar negara. Yang paling boleh kita
nampak, saudara kita di Palestine dan Uighur. Teruk mereka disiksa dan ditindas.
Ye aku geram, aku geram kerana tak mampu melakukan sesuatu yang besar. Kenapa
aku hanya melihat, kenapa aku hanya mampu merenung saudara ku diperlakukan
sebegitu. Geram tengok Israel duk merampas tanah Palestine sedikit demi sedikit
dari hari ke hari. Pastu dia duk putar belit macam dia baik and suci. Dasar binatang!
Satu dunia da tahu kau jahat. Tengoklah satu hari nanti Islam akan bangkit Kembali.
Jom banyakkan berdoa, rakan2. insyaAllah bantuan Allah itu dekat. Yakinlah,
kerana doa itu senjata orang mukmin.
Dalam kita berdoa, sumbang dan sebarkan issue Palestine, jangan
pernah lupa untuk memperbaiki kehidupan seharian kita kepada yang lebih baik. Bagaimana
kita mahu berjuang seandainya perintah2 Allah masih kita belum patuhi, sekiranya
larangan Allah masih belum kita tinggalkan? Tapi aku tak mengatakan selagi belum
betul2 jadi baik, tak boleh perjuangkan Palestine, tidak! Tapi lagi bagus kalau
kita sentiasa boleh buat dua2, barulah hebat. Mana tahu dalam kita memperbaiki
diri, Allah memberikan kita peluang untuk berjuang sekali Bersama saudara kita
di sana. masyaAllah. Antara yang boleh kita perbaiki utamanya ialah jaga solat,
solat awal waktu dan jaga kekhusyukkan dan sebagainya. Bagi aku en, dalam
banyak2 amalan untuk kita perbaiki, solat adalah perkara utama yang menjadi
paksi kepada perubahan yang lain. insyaAllah kalau korang menjaga solat,
kehidupan seharian kita pun akan diurus dan dapat dibaiki. InsyaAllah!
Okay lah dah penat menaip untuk malam ni, lambatnya tidur :’) okay
selamat malam. Jangan lupa baca Al- Mulk!
Comments
Post a Comment