Alain De Botton, ahli falsafah UK berkongsi tips tentang cara untuk membina kesederhanaan dalam hidup. Kata beliau, “ simplicity is the true wisdom. ” (kesederhanaan adalah kebijaksanaan yang sebenar). Kompleksiti sering membawa kepada kebingungan. 1. Fewer People Fewer Commitment. Kata Nietzsche,“ manusia terbahagi kepada dua golongan; orang yang bebas & hamba. Sesiapa yang tidak memiliki 2/3 harinya untuk dirinya maka dia adalah hamba sama ada dia ialah ilmuwan atau pemimpin .” Dapat mengenali, berjumpa ramai orang adalah satu kelebihan tetapi dari sudut psikologinya ia amat memenatkan dan akhirnya memberikan kesan bahaya kepada diri. Maka kita kena kenal pasti apa yang mampu dilakukan dalam satu hari dan apa yang tidak mampu. Supaya kita tak sampai ke tahap ' breakdown '. 2. Sleep. “ Don't find answer to our miserable in other things. Maybe we need more rest .” Jika menghadapi masalah penyelesaian untuk masalah tersebut mungkin boleh dijumpai dengan lebih banyak b...
Assalamualaikum semua para pembaca, selamat pagi semua, sekarang ni masih lagi lockdown dan kes masih lagi 5000 ke atas. Somehow this is so tiring, exhausting. Dari segi pemerintahan, dengan keadaan sekeliling semua rasa macam serba tak kena. Emosi naik turun. Even berat aku sendiri pun menurun secara mendadak sekarang, kalau kenalan jumpa aku lepas lockdown mesti ramai ingat aku sakit hahaha sebab takde rasa nak makan. Bila dah terbiasa hidup bersosial dan keluar berjumpa rakan2 dan masyarakat, rasa penat kena stay kat rumah lama2 macam ni. Semua benda online, meeting online, berprogram online, usrah online, jumpa adik2 usrah secara online, khusus online dan intern pun online. Sedih. Dalam masa yang sama, penat nak mengikuti berita2 dan perkara2 viral yang berlaku. Yang paling menyedihkan lockdown ni serba sedikit dah banyak menjejaskan ekonomi rakyat sendiri. Sampai ramai yang sanggup menggadaikan nyawa dan sebagainya kerana sudah penat untuk hidup kerana perniagaan dan pekerja...