Skip to main content

Posts

How To Simplify Life?

Alain De Botton, ahli falsafah UK berkongsi tips tentang cara untuk membina kesederhanaan dalam hidup. Kata beliau, “ simplicity is the true wisdom. ” (kesederhanaan adalah kebijaksanaan yang sebenar). Kompleksiti sering membawa kepada kebingungan. 1. Fewer People Fewer Commitment.  Kata Nietzsche,“ manusia terbahagi kepada dua golongan; orang yang bebas & hamba. Sesiapa yang tidak memiliki 2/3 harinya untuk dirinya maka dia adalah hamba sama ada dia ialah ilmuwan atau pemimpin .” Dapat mengenali, berjumpa ramai orang adalah satu kelebihan tetapi dari sudut psikologinya ia amat memenatkan dan akhirnya memberikan kesan bahaya kepada diri. Maka kita kena kenal pasti apa yang mampu dilakukan dalam satu hari dan apa yang tidak mampu. Supaya kita tak sampai ke tahap ' breakdown '. 2. Sleep.  “ Don't find answer to our miserable in other things. Maybe we need more rest .” Jika menghadapi masalah penyelesaian untuk masalah tersebut mungkin boleh dijumpai dengan lebih banyak b...

Tenanglah

  Assalamualaikum semua para pembaca, selamat pagi semua, sekarang ni masih lagi lockdown dan kes masih lagi 5000 ke atas. Somehow this is so tiring, exhausting. Dari segi pemerintahan, dengan keadaan sekeliling semua rasa macam serba tak kena. Emosi naik turun. Even berat aku sendiri pun menurun secara mendadak sekarang, kalau kenalan jumpa aku lepas lockdown mesti ramai ingat aku sakit hahaha sebab takde rasa nak makan. Bila dah terbiasa hidup bersosial dan keluar berjumpa rakan2 dan masyarakat, rasa penat kena stay kat rumah lama2 macam ni. Semua benda online, meeting online, berprogram online, usrah online, jumpa adik2 usrah secara online, khusus online dan intern pun online. Sedih. Dalam masa yang sama, penat nak mengikuti berita2 dan perkara2 viral yang berlaku. Yang paling menyedihkan lockdown ni serba sedikit dah banyak menjejaskan ekonomi rakyat sendiri. Sampai ramai yang sanggup menggadaikan nyawa dan sebagainya kerana sudah penat untuk hidup kerana perniagaan dan pekerja...

Issue "Wanita perlu Bodoh2 sikit"

 Assalamualaikum semua para pembaca yang dimuliakan Allah.  Baru2 ni rasa nya semua cakna naik satu issue daripada video tular Prof Muhaya. :') Sebenarnya sumay dah tengok video tu lama dah haha siap bagi komen kat post Prof, "Ouh, kena jadi bodoh2 ke prof ?" haha pastu ramai pulak yang like. Tapi bila kecoh pasal video tu, sumay tengok kat instagram Prof Muhaya, dah di delete da. Rasa bersalah jap. Tapi faham je apa yang dimaksudkan dengan 'bodoh2' tu. Bukanlah bermakna kena jadi bodoh kalau nak cepat dapat jodoh, tapi bodoh tu means jangan terlalu tunjuk serba boleh sgt. Sebagai seorang wanita yang agak bijak, aku mengesahkan yang kadang2 ego tu agak tinggi. Esp bila tengok ada banyak yang tak kena. Mula lah rasa rimas nk bertolak ansur dengan orang lain. Rasa cm nk control semua benda sebab dah terbiasa jadi ketua bila dicampak ke mana2 dari kecil sampai ke besar. Even orang yang baru kenal pun kadang2 tiba2 lantik diri ini jadi ketua.  Sebenarnya perempuan tak...

Bebel- bebel Lockdown

Assalamualaikum semua, apa khabar tu. Harapnya semuanya berada keadaan baik2 je insyaAllah. So harini bersamaan dengan 4 hari kita berada dalam fasa lockdown kat Malaysia sebab kes Covid day by day makin meningkat. Takut tengok bilangan mencecah ribu2 setiap hari. Harini je dah 7748 kes. Yang masih aktif masih berlambak. Semoga dengan lockdown akan memberi hasil yang positif dan kes semakin berkurang amiin. Best pulak tengok ramai yang dah start dapat vaksin. Vaksin ni memang kadang kita tak tahu nak yakin ke tak pada keberkesanan dia tapi at least kita ikhtiar kan daripada redha je dengan penyakit wabak ni. Even ulama dunia pun dah start ambil, so jangan takut. Eh terpromote vaksin lak. Tapi dalam semua sedang sibuk bercakap berkenaan covid, jangan kita lupa atau endahkan pada satu penyakit yang boleh menyerang dalam diam ke atas sesiapa saja especially musim lockdown ni. Semua orang kena duduk rumah je. Orang yang sudah terbiasa berjumpa dengan orang untuk menghilangkan kesedihan, ...

Serahkan segala ketentuan kepada Nya

Masa untuk melepaskan segalanya. Melepaskan semuanya pergi, bukan bermakna membenci. Mungkin inilah yang terbaik buat  masa ini. Di saat  masa hadapan kelihatan masih kabur.  Kerana terkadangnya menjalani kehidupan tanpa sebarang pengharapan itu lebih baik dan tenang daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Tenang dan senyum sahaja mengharungi perjalanan  di hadapan tanpa terlalu berharap kepada sesuatu.  Kerana kelak Dia akan memberikan yang terbaik.  Sudah tertulis segalanya di kitabNya. Di masa ini, usah terlalu banyak berfikir berkenaan  masa hadapan yang berada di luar jangkaan. Fokus sahaja kepada apa yang lebih penting buat masa ini, yang sudah lama kau usahakan. Usah berfikir berkenaan perkara yang belum pasti. Kerana hanya Dia sang Pencipta sahaja yang lebih mengetahui berkenaan masa hadapan. Berkenaan kehidupan sejak dari awal kelahiran sehingga ke pengakhiran nanti. Tiada yang terlepas dari pandanganNya. Kelak sekiranya ianya benar- b...

Betapa Banyak Dakwah Mengajariku

Sungguh banyak sungguh dakwah mengajarku.. Ketika dulu aku kurang mengerti tujuan hidupku, untuk siapa dan apa aku diciptakan, dakwah mengajariku menjadi seseorang yang hidup untuk yang lain. Ketika dulu aku merasa putus asa pada hidupku, dakwah mengajariku bagaimana berjuang hingga menjadikanku seorang sosok yang kuat. Ketika dulu aku banyak menangis menonton drama melayu dan korea yang dongeng belaka di kaca televisyen, dakwah menyedarkanku untuk lebih banyak menangis menyelusuri kisah benar ujian dan cabaran dalam perjalanan hidup dan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat. Dicela, dihina dan dibunuh demi agama. Sedangkan aku? Tidak pernah diuji sebegitu rupa namun sudah pandai mengungkap perkataan 'putus asa'. Ketika dulu aku mencampur- adukkan kebaikan dengan keburukan dalam kehidupan, dakwah mengajariku agar berusaha sedaya upaya menolak kejahatan dan menjemput kebaikan dengan bersederhana. Kerana baru aku tahu selama ini yang telah menjadi halangan kepada kebaikan yang i...

A Letter To the Believer

"Rosaknya agama pada hari ini mengapa?" Assalamualaikum semua para pembaca yang dikasihi Allah. Semoga penulisan ini mampu mengetuk serba sedikit pintu- pintu hati. Pernahkah kita mengambil masa sejenak berfikir berkenaan kondisi atau keadaan ummat pada zaman ini? Atau pernahkah kita mengambil tahu masyarakat terdekat, mereka sedang sibuk mengejar akhirat ataupun dunia semata- mata?  Begitu juga dengan diri kita. Apa khabar agaknya iman kita pada saat ini? Adakah sedang menjunam ke bawah atau sedang mencacak naik ke atas? Pernahkah dirimu tertanya kondisi hatimu? Apakah sedang sibuk melayani perasaan sendiri, atau sedang sibuk dengan keegoaanmu, atau sedang sombong dan angkuh dengan nikmat sementara yang diberikan oleh Allah? Sedar atau tidak, masa tetap berjalan meninggalkan masa silam kita ke belakang. Sebentar tadi aku mengambil masa seketika selepas solat Isyak di atas tikar sejadah sambil memegang tasbih digitalku,  aku tertanya kepada Allah, "Apakah nilaiku di sisi...

Perbaiki Urusan Kehidupan

Selasa (24/11/2020), 7.30 am Assalamualaikum dan selamat pagi. Cepat betul masa berlalu, dah nak habis da sem ni rupanya. Dan tinggal beberapa je lagi tinggal pengajian di UNITEN, semoga Allah memudahkan segalanya. Kehidupan seorang pelajar musim online ni bukanlah mudah seperti yang disangka. Especially bila mengambil projek Capstone dan FYP. Sebab terbatas untuk jumpa lecturer dan sebagainya. Kadang kita rasa kekok untuk banyak cakap or tanya melalui maya. Dan lebih selesa berjumpa secara offline. Tapi tidak mengapa, kena bertahan, sikit je lagi, ukenduit💪🏼 Dalam mengharungi hari2 di rumah bersendirian bersama ummi ayah, sy lebih banyak berfikir dan memuhasabah. Terkadangnya rasa bersyukur sangat atas rezeki yang diberikanNya. Sebab sebelum ni kalau di UNITEN sangat jarang dapat balik ke rumah. Dan peluang untuk lepak dan bergaul bersama parents pada musim universiti di samping ada komitmen bersama persatuan sangat susah nak dapat. So musim pkpb ni dapatlah peluang. Alhamdulillah....

'Akuisme' Atau Tidak..Engkau bagaimana?

Jumaat (13/11/2020), 8.15 pm      Assalamualaikum semua para pembaca yang disayangi, harapnya semua berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan terutamanya musim Covid ni. Sebenarnya agak banyak kerja yang perlu disiapkan namun aku gigihkan juga tanganku untuk menulis disebabkan rasa macam perlu share sesuatu berkenaan 'akuisme' yang semakin membarah di kalangan kita. Bila sebut 'akuisme' ni apa yang pembaca faham? Sebenarnya 'akuisme' ni berasal dari perkataan "aku dulu", dan sifat ni adalah gabungan dengan sifat mementingkan diri, keutamaan dan kurangnya kepedulian terhadap orang lain. Terlalu sibuk dengan diri sendiri. Kalau boleh nak diri dia je yang betul, hebat dan orang macam ni sangat sukar untuk bergaul dengan masyarakat. Kerana tiada nilai yang boleh dikongsi bersama.      Ada orang menganggap bahawa okay je semangat akuisme ni sebab kalau terlalu fikir pasal orang lain nanti boleh stress sebab orang lain selalu menghampakan ki...

Sanah Helwah Ya Ummi❤️

بسم الله الرحمن الرحيم Tepat 1 November semalam merupakan Hari Jadi Ummi saya yang ke-59. So fast time flies, tak sangka ummi bakal memasuki 60 dah. Alhamdulillah walaupun birthday ummi disambut awal tahun ni, but I am so satisfied sebab boleh tahan ramai la juga yg berkumpul time sambut birthday ummi baru2 ni; kakak, anas, muaz, zaid.. hehe special thanks to akk turun dari skudai bersama kek..  maaf by the time akk sampai, su dah tertidur haha maklumlah kehidupan student memang gini uhuks Rasa macam baru semalam keluar dari perut ummi. hehe k gurau je..sebenarnya nak cakap rasa macam baru semalam belajar solat dengan ummi, belajar mengaji dengan ummi. How I miss that time when I was so dependent on ummi. Ummi, if only you know that you are the first person i love so much until now. Thank you for all the knowledges u gave me. Ummi mengajarkan aku terlalu banyak perkara dari pelbagai sudut aspek kehidupan dan semua itu aku perasan bila dah besar. Maklumlah sewaktu kecil terlalu bany...

Pengorbanan dalam Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum semua pembaca yang dimuliakan  Allah,  cerita  tentang erti pengorbanan, apa yang terfikir dek ruang pemikiran pembaca semua. Adakah ianya sekadar membantu orang di kala susah dan memberi apa sahaja yang ada pada kita untuk orang lain? Adakah ianya sesuatu yang mudah dilakukan dan diamalkan atau hanya mudah menzahirkannya pada kata- kata di bibir sahaja? Pada siapa sahaja yang kita sanggup berkorban apa sahaja untuknya? Sejauh mana kita mampu berkorban? Segala persoalan ini pasti bermain di minda pembaca semua juga saya. Ikon yang banyak memahamkan saya tentang erti pengorbanan adalah orang yang terdekat dengan saya sendiri iaitu ummi dan ayah.  Terkadangnya setiap gerak geri mereka, jangan kita pandang pada mata kasar sahaja tapi pandang lah dengan hati. Kerana hanya dengan hati kita mampu memahami mengapa mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk kita dari permulaan hayat kita sehingga ke saat ini. Mengapa mereka sanggup menge...